v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengenalan tentang Bandar Zunyi China

2006-01-13 14:03:18 CRI

Bandar Zunyi terletak di utara Provinsi Guizhou di barat daya China, yang dikenali sebagai " kota tradisi minuman arak yang terkenal di China. Bandar itu juga merupakan tempat pengeluaran Arak Maotai yang terbaik di China dan arak itu menjadi arak keluaran negara China.

Menyentuh tentang tradisi minuman arak di China, orang ramai akan mengingati akan Arak Maotai. Arak jenis ini pernah memenangi anugerah emas dalam Ekspo di Panama pada tahun 1915. Sejak itu, Arak Maotai, Whisky Scotland dan Brandy Cognac menjadi tiga arak yang paling terkenal di dunia.

Tempat pengeluaran Arak Maotai terletak di Pekan Maotai di kawasan Zunyi. Terdapat lebih 50 buah kilang arak di bandar itu. Jika tiba di Pekan Maotai, ada dua tempat yang patut dilawati oleh para pengunjung iaitu kilang Arak Maotai dan Muzium Tradisi Arak China.

Encik Qiao Hong Ketua Pengurus Kilang Arak Maotai memaklumkan wartawan bahawa kilang itu telah mempunyai sejarah yang agak lama. Arak Maotai ini yang dibuat dengan menggunakan teknologi yang tinggi berdasarkan keadaan geografi tempatan yang istimewa.

" Pekan Maotai terletak di tempat yang sangat istimewa, kedudukan geografinya yang unik telah menyebabkan tempat itu mempunyai mikrob yang sangat sesuai bagi menghasilkan arak yang berkualiti tinggi. Bentuk muka bumi, air, tanah, suhu udara dan kelembapan di sana sangat sesuai bagi pertumbuhan mikrob bagi proses penapaian arak".

Arak yang dihasilkan di pekan Maotai ini amat terkenal kerana kawasannya yang dikelilingi oleh gunung-ganang yang menghijau, udaranya yang segar dan bebas daripada pencemaran. Arak itu dibuat dengan menggunakan teknologi yang saintifik, iaitu melalui proses penapaian dan penyulingan beberapa kali dalam suhu yang tinggi serta disimpan dalam jangka masa yang panjang.

Arak Maotai, rasanya sedap, manis dan tidak mudah memabukkan walaupun diminum dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu, arak ini amat disukai oleh masyarakat China. Kini, Arak Maotai telah dieksport ke lebih 60 buah negara dan kawasan yang termasuklah Jepun, Amerika Syarikat dan Australia. Jika tiba di Pekan Maotai, selain melawat kilang arak, para pengunjung juga boleh membeli Arak Maotai sebagai cenderamata kepada saudara mara atau sahabat handai.

Selain itu, yang lebih uniknya ialah Muzium Tradisi Arak China yang terletak berhampiran Kilang Arak Maotai. Pemandu Pelancong Cik Chen Hong memaklumkan bahawa selepas melawat muzium itu, pelawat boleh mengetahui proses perkembangan tradisi arak China.

Beliau berkata: " Muzium Tradisi Arak China merupakan muzium tradisi arak yang terbesar di dunia yang mempunyai keluasan kira-kira 8 ribu meter persegi dan dilengkapi 7 buah ruang pameran yang mempamerkan simpanan arak pada zaman pelbagai Dinasti China.

Di Muzium itu, pelawat boleh menyaksikan pelbagai jenis perkakas minuman arak yang digunakan dalam tempoh yang tidak sama di China dan mengetahui asal-usul proses penapaian arak serta kesan arak terhadap politik, ketenteraan, kesusasteraan dan adat resam China.

Selain itu, pelawat boleh meneruskan lawatan ke bekas tempat persidangan yang diadakan oleh Parti Komunis China di Bandar Zunyi pada tahun 1935 iaitu disebut " Sidang Zunyi". Persidangan itu sangat penting bagi China kerana bekas pemimpin China mendiang Pengerusi Mao Tzedong telah memimpin semula Parti Komunis China sejak tahun itu. Sidang itu diadakan di sebuah rumah dua tingkat di kawasan kota lama Zunyi yang bentuk asalnya masih kekal sehingga kini.

Chishui di kawasan Zunyi merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di negara China. Keluasannya lebih 320 kilometer persegi, yang terdiri daripada 8 kawasan pemandangan termasuklah Taman Perhutanan Negara Zhuhai. Taman itu terkenal kerana terdapat hutan dara dan tumbuh-tumbuhan yang subur. Chishui dikenali sebagai "tempat pengeluaran buluh" yang terkenal di China. Banyak rumpun buluh tumbuh di kiri kanan jalan dan terdapat lebih 10 ribu hektar kawasan buluh tumbuh di dalam Taman Perhutanan Negara Zhuhai.

Cik Li Na yang sedang melawat tempat itu berkata kepada wartawan: "Pemandangan alam di Zhuhai amat indah, terutamanya selepas hujan turun. Udaranya pula sangat segar dan bersih. Jika berjalan-jalan dan berdiri di atas pentas di dalam taman itu sambil menyaksikan kawasan buluh yang luas, saya berasa amat gembira kerana berpeluang menikmati lautan buluh yang menghijau.

---- Wang Ling

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |