v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengenalan Tentang Salah Satu AKtiviti Riadah Rakyat China iaitu Taici

2006-01-26 08:43:54 CRI

Berdasarkan statistik badan sukan China bahawa Taici merupakan aktiviti riadah yang paling diminati oleh ramai dan jumlah peminat Taici paling besar di China. Pegawai Persatuan Kungfu Antarabangsa menjelaskan bahawa peminat Taici terdapat di 150 buah negara dan kawasan di lima benua dan jumlah peminatnya telah mencapai 100 juta orang di seluruh dunia.

Jadi, mengapa Taici begitu mempesonakan ramai orang? Ahli akademi Pusat Pengajian Kungfu China Encik Kang Gewu yang menghadiri Sidang Kesihatan Taici Dunia ke-2 yang diadakan di bandar Haihou, ibu kota provinsi Hainan China menjelaskan bahawa Taici mempunyai tiga tempat yang amat menarik iaitu Taici merupakan cara beriadah yang sangat perlahan pergerakannya, kedua ialah individu yang melakukan Taici boleh mengalahkan individu lain yang lebih hebat dan ketiga ialah Taici menjunjung semangat harmoni.

Tambah beliau, kebanyakan peserta dalam acara sukan yang lain agak sengit dan peserta juga turut mengalami kecederaan. Akan tetapi Taici dilakukan dengan pergerakan yang perlahan-lahan dan bersopan santun. Para individu yang melakukan aktiviti ini akan berasa gembira dan meningkatkan tahap kesihantan badan secara beransur-ansur.

Profesor Institut Sukan Shanghai Qiu Pixiang dan Profesor madya Zhu Dong telah melaksanakan kajian terhadap Taici. Berdasarkan hasil kajian tersebut, didapati Taici amat berfaedah terhadap sistem pernafasan, sistem perjalanan darah, sistem bergerakan, sistem saraf dan metabolisme manusia serta meningkatkan kemampuan imuniti dan kesihatan psikologi individu yang melakukan aktiviti ini.

Orang yang tidak mengetahui tentang Taici biasanya berpendapat bahawa Taici hanya mempunyai fungsi untuk beriadah. Sebaliknya fungsi antiserangan Taici tidak kurang hebatnya berbanding Kungfu dan lain-lain. Taici sama dengan Kungfu yang mempunyai fungsi antiserangan. Berdasarkan maklumat Encik Kang bahawa individu yang melakukan Taici boleh mengalahkan individu lain yang lebih hebat.

Taici menjunjung semangat harmoni luar dan dalam badan. Individu yang melakukan Taici mengganggp alam sekitar sebagai "luar" dan mengubahsuasikan diri sendiri dengan alam sekitar supaya mencapai harnomi antara manusia dengan alam sekitar. Latihan Taici juga turut memupuk cara berfikir yang harnomi bagi induvidu yang melakukannya.

Encik Kang berkata Taici mempunyai kebudayaan tradisional China yang mendalam. Perkataan Taici berasal daripada sebuah buku klasik China. Konsep Taici juga turut ditubuhkan. Taici mempunyai perbezaan yang ketara dengan konsep sukan negara Barat dan mengayakan kepelbagaian aktiviti riadah.

Taici merupakan aktiviti beriadah yang diminati ramai dan salah sejenis Kungfu. Taici juga memperlihatkan kebudayaan tradisional China. Induvidu yang melakukan Taici bukan sahaja boleh beriadah bahkan juga dapat meningkatkan kemampuan antiserangan dan juga boleh menikmati kebudayaan tradisional China. Oleh itu, Taici menjadi aktiviti riadah yang diminati ramai di seluruh dunia.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |