v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Atlet China Bersungguh-sungguh Jalankan Latihan Untuk Sukan Olimpik Beijing

2006-02-09 10:06:57 CRI

Semasa rakyat China merayakan Tahun Baru Cina, para atlet China masih mengekalkan latihan meraka. Mereka tidak dapat bersama-sama dengan keluarga bagi merayakan Tahun Baru China demi memikul tanggungjawab untuk mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.

Sukan Kebangsaan China Ke-10 telah diadakan di bandar Nanjing China pada bulan Oktober tahun lalu. Temasya sukan tersebut menyediakan peluang yang baik bagi para peserta untuk membuat persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008.

Para peserta juga turut menggunakan peluang tersebut bagi membaiki kelemahan masing-masing supaya dapat menetapkan matlamat latihan pada masa depan. Selepas temasya sukan tersebut, Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China telah menjalankan latihan secara besar-besaran pada musim sejuk sejak pada tahun-tahun kebalakangan ini.

Dimaklumkan, seramai lebih 2000 orang atlet, lebih 400 orang jurulatih daripada 42 pasukan telah menyertai latihan tersebut di 20 buah pusat latihan di China.

Skop yang besar merupakan salah satu keistimewaan latihan tersebut. Berbanding dengan latihan yang dijalankan pada tahun-tahun kebelakangan ini, latihan pada tahun ini mempunyai perubahan. Seperti contoh, pasukan olahraga China biasanya menjalankan latihan di dalam negara China dan diketuai oleh jurulatih warga China. Akan tetapi, dalam latihan pasukan olahraga tahun ini, Persatuan Olahraga China mengadakan pertukaran dengan negara lain. Ketua Jurulatiah Pasukan Olahraga China Encik Feng Shuyong menjelaskan bahawa, "Kami telah mengadakan pertukaran dengan negara lain. Kami telah mempelawa jurulatih warga asing yang bertaraf tinggi dan atlet yang pernah mencapai kejayaan besar datang ke China untuk melatih atlet China. Tindakan ini amat berfaedah bagi pasukan dan atlet kami. Di samping itu, kami juga menghantar atlet Pasukan Baling Tukul Besi China ke Rusia untuk mengikuti latihan. Pelari lelaki dan wanita China juga akan mengadakan latihan di A.S."

Di samping mempelawa jurulatih warga asing, meningkatkan taraf jurulatih warga China juga merupakan salah satu keistimewaan latihan musim sejuk tahun ini. Dalam Sukan Olimpik Athens 2004, atlet China Liu Xiang telah meraih pingat emas dalam acara 110 meter lari lompat pagar lelaki. Jurulatihnya Sun Haiping mempunyai cara latihan yang tersendiri dan pengalaman yang luas. Oleh itu, Persatuan Olahraga China tealh mengetengahkan pengalaman Sun Haiping dalam latihan musim sejuk tahun ini dan telah mencapai kejayaan. Ketua Jurutlatih Feng Shuyong berkata, "Kami mempelawa Sun Haiping mengetengahkan pengalamannya di beberapa tempat di China. Kami juga merakamkan ucapannya dan menyediakan bahan kursus kepada para jurulatih. Kami juga menerbitkan buku bagi para jurulatih dan kesemua tindakan tersebut dialu-alukan dan menerima maklum balas yang baik."

Sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam temasya sukan peringkat tertinggi, para peserta harus mempunyai prestasi psikologi yang baik. Untuk mengatasi masalah tersebut, Pasukan Badminton buat pertama kalinya bekerjasama dengan stesen TV menyiarkan keadaan latihan pasukan itu. Ketua Pengarah Pusat Badminton China Encik Huang Biao menyatakan bahawa, "Selepas Tahun Baru China, kami akan mengadakan pertandingan pusingan kedua dalam kalangan pasukan sendiri. Kami akan mengambil pendekatan baru. Pertama ialah kami akan mempelawa pengadil profesional dan kedua ialah kami akan bekerjasama dengan stesen TV Pusat China untuk menyiar pertandingan tersebut. Melalui cara tersebut, para peserta boleh meningkatkan prestasi psikologi mereka dalam pertandingan tersebut."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |