v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing akan Adakan Sukan Olimpik yang Alam Sekitarnya Paling dilindungi

2006-02-21 14:22:24 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Pegawai Program Alam Sekitar PBB Tor·Brevik ketika diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua China menyatakan bahawa Beijing akan mengadakan sukan olimpik yang alam sekitarnya paling dilindungi, disebabkan terdapat "sekumpulan orang yang amat berupaya" dan satu "rancangan yang amat sempurna" di sana.

Brevik ialah pegawai Program Alam Sekitar PBB yang bertanggungjawab terhadap sukan dan alam sekitar. Beliau berpendapat, seiring dengan peningkatan kesedaran perlindungan alam sekitar rakyat serta kemajuan sains dan teknologi, setiap sukan olimpik lebih maju berbanding dengan sukan olimpik yang lalu dalam aspek perlindungan alam sekitar.

Beliau berkata, jikalau sekarang kita tidak bersungguh-sungguh mempertimbangkan masalah perlindungan alam sekitar, kita tidak mungkin mengadakan sukan olimpik. Sukan Olimpik Turin telah meluluskan banyak standard perlindungan alam sekitar. Ini juga merupakan sukan olimpik pertama yang meluluskan beberapa standard yang khusus. Sekarang kita menanti-nantikan Sukan Olimpik Beijing, kita tahu orang China sekarang amat memperhatikan masalah perlindungan alam sekitar, dan kita juga memperhatikan usaha Beijing dalam aspek ini.

Brevik juga berkata, beliau yakin Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dapat membuat kerja perlindungan alam sekitar dengan lebih baik. Mereka mempunyai satu rancangan yang amat sempurna, dan mereka ialah sekumpulan orang yang amat berupaya. Ini paling penting. Beliau menyatakan, sebelum sukan olimpik 2008 diadakan, Beijing mempunyai 2 setengah tahun untuk melaksanakan rancangannya. Selain itu, sains dan teknologi tinggi dan baru akan membantu mereka.

Brevik berkata, penganjur-penganjur sukan olimpik Turin amat berusaha dalam aspek perlindungan alam sekitar. Kebanyakan mereka ialah pakar perlindungan alam sekitaran, juga termasuk sukarelawan- sukarelawan.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |