v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ahli Ekonomi Jerman: Piala Dunia tidak akan Bawa Keajaiban Ekonomi kepada Jerman

2006-03-20 14:22:55 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, seiring dengan tarikh perasmian Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia 2006 akan tiba, ramai orang Jerman yakin, Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia bukan sahaja merupakan satu peristiwa yang amat penting bagi kesukanan, tetapi juga akan mendorong perkembangan ekonomi Jerman. Ada orang menganggar secara optimistik bahawa piala dunia dapat membolehkan ekonomi Jerman sebanyak-banyaknya meningkat 0.6%. Namun, ahli ekonomi Jerman berpendapat bahawa kesan ekonomi piala dunia dianggar lebih tinggi.

Pengurus Peyelidikan Sains DIW Wagner berkata bahawa harapan ramai orang terhadap kesan ekonomi piala dunia telah melebihi kesan sebenarnya. Piala dunia bola sepak boleh membawa kegembiraan, namun, ia tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi Jerman.

Kebanyakan ahli ekonomi Jerman menganggar bahawa kesan piala dunia akanmemberi sumbangan sebanyak-banyaknya 0.25% kepada kadar pertumbuhan ekonomi Jerman. Ahli ekonomi kebangsaan Bank Dresdner Milek berkata bahawa Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia 2006 bukanlah ubat mujarab.

Namun, para pakar juga mengakui bahawa piala dunia dapat mendorong perkembangan ekonomi pada waktu yang pendek. Mereka berpendapat, walaupun keupayaan piala dunia bola sepak adalah terhad terhadap peranan ekonomi Jerman, akan tetapi sesetengah industri dan perusahaan tidak syak lagi akan memperoleh keuntungan daripada piala dunia itu. Seperti dalam industri pembinaan, pelaburan untuk meluaskan pembinaan 12 buah gelanggang pertandingan piala dunia telah mencapai 1.5 bilion Euro, pelaburan kerja persiapan pertandingan piala dunia bola sepak telah mencapai 5 bilion Euro. Pusat Pelancongan Jerman menganggar, piala dunia yang selama 4 minggu akan menarik 1 juta pelancong asing. Jika setiap pelancong tinggal Jerman selama 5 hari, fenomenon itu akan membolehkan pendapatan pelancongan Jerman meningkat 1.7% pada tahun ini. Piala dunia itu juga telah memakmurkan pasaran tenaga kerja Jerman.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |