Pada 25 Ogos lalu, Setiausaha Agung Sekretariat Ekspo China-ASEAN Zhang Xiaoqin dan wakil 6 Persatuan Perdagangan Import-Eksport dan Persatuan Kontraktor China menandatangani memorandum kerjasama untuk memulakan kerjasama Ekspo China-ASEAN dengan pelbagai persatuan pengusaha China. Setakat ini, sekretariat ekspo tersebut telah menandatangai memorandum kerjasama dengan 26 persatuan perdagangan dari 10 negara anggota ASEAN dan 7 persatuan perdagangan China.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 China menjalin hubungan dialog dengan ASEAN, dan juga merupakan tahun perssahabatan dan kerjasama China-ASEAN. Aktiviti perayaan penting yang berkenaan, Ekspo China-ASEAN Ke-3 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan Ke-3 akan diadakan. Setakat 15 Ogos lalu, terdapat 960 perusahaan China mendaftarkan diri untuk memohon 2560 tapak pemeran. Angka tersebut merupakan 90% daripada jumlah keseluruhan tapak pameran. Perusahaan ASEAN memohon 614 tapak pameran, meningkat 25.3% berbanding jumlah keseluruhan tempat pameran semasa Ekspo China-ASEAN Ke-2 diadakan. Disebabkan itulah, penandatanganan memorandum kerjasama antara Ekspo China-ASEAN dengan 7 persatuan perdagangan China bererti penting.
Persatuan perdagangan China yang menandatangani memorandum kerjasama dengan Ekspo China-ASEAN ialah sebagai berikut: Persatuan Perdagangan Import-Eksport Barangan Tekstil China, Persatuan Perdagangan Import-Eksport Makanan dan Ternakan China, Persatuan Perdagangan Import-Eksport Ubat-ubatan dan Barangan Penjagaan Kesihatan China, Persatuan Perdagangan Import-Eksport Industri Ringan Barangan Kesenian Kraf Tangan China, Persatuan Perdagangan Import-Eksport Mineral dan Industri Kimia China, Persatuan Perdagangan Import-Eksport Mesin Elektrik China serta Persatuan Kontraktor Dengan Luar China.
|