v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengenalan tentang Bertemasya ke Bandar Guilin

2006-11-17 15:33:11 CRI

Bandar Guilin terletak di kawasan Daerah Autonomi EtnikZhuang Guangxi di barat daya China, merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di dunia. Manakala pemandangan sungai Lijiang yang paling indah di bandar itu. Sungai Lijiang yang sepanjang 83 kilometer antara kawasan bandar Guilin dengan kaunti Yangshuo. Gunung-ganang yang bersambungan tersergam di kedua-dua tebing sungai dan pemandangan desa yang bagaikan lukisan gunung dan sungai yang indah permai.

Pada suatu malam, persembahan nyanyian dan tarian secara besar-besaran yant bertajuk " Kakak Liu Sanjie" telah diadakan di atas permukaan sungai Liujiang yang sejauh dua kilometer di kawasan Yangshuo dengan berlatarbelakangkan gunung dan sungai.

Pada waktu malam yang gelap-gelita, lagu rakyat yang merdru boleh kedengaran dari tempat yang jauh. Tiba-tiba, cahaya lampu telah menerangi gunung-ganang yang berhadapan dengan sungai lijiang, dengan mendapat sambutan tepuk gemuruh dari ramai penonton yang menyaksikan persembahan kesenian tersebut.

Persembahan tersebut disertai oleh lebih 600 orang seniman, kebanyakan daripada mereka ialah kaum tani tempatan. Dalam persembahan selama 70 minit, mereka telah mempersembahkan nyanyian dan tarian yang mencerminkan kehidupan nelayan di tebing sungai Lijiang dan adar-resam etnik minoriti di kawasan itu seperti menangkap ikan, menggembala lembu dan lagu rakyat etnik Zhuang. Kesemua acara kesenian itu adalah sangat menarik.

Persembahan itu adalah diarahkan oleh Zhang Yimou pengarah yang terkenal dari China. Persembahan itu sekurang-kurangnya dipersembahan sekali pada setiap hari semenjak bulan Oktober tahun 2003. Gelanggang yang dapat menampung lebih 2 ribu orang penonton pada masa yang sama dipasang di tebing sungai Lijiang dan hampir dipenuhi penonton pada persembahan setiap kali.

Pasangan suami isteri Thomas Laubis berasal dari Jerman merasa kagum melihat persembahan tersebut. Mereka melancong ke China buat pertama kali. Asalnya, mereka hanya singgah sehari sahaja di situ, tetapi, walaupun sehari sudah berlalu, kami telah terpesona oleh keindahan sungai Lijiang. Encik Thomas berkata:

"Pemandangan di sini indah permai, lawatan kali ini tentu bukan lawatan kali akhir bagi kami ke China atau Asia".

Puan Martina Laubis berkata: "Penduduk di sini sangat mesra dan mereka suka berbual-bual dengan kami. Saya merasa mereka adalah dipercayai. Kami pasti akan berkunjung ke China sekali lagi".

Keindahan pemandangan Guilin telah menarik ramai palancong dari pelbagai tempat dunia berkunjung ke sana. Ada pelancong asing bahkan menetap di Kaunti Yangshuo. Alfonso Exposito seorang pemuda (teruna) dari Australia telah menetap di Yangshuo sejak 5 tahun yang lalu, beliau telah berkahwin dengan seorang gadis tempatan. Kini mereka sudah mempunyai seorang anak lelaki dan membuka sebuah bar di Yangshuo. Beliau berkata:

"Pemandangan alam di sini sangat istimewa ( indah) di China. Walaupun Yangshuo sebuah tempat kecil, tetapi aman sejahtera. Sebelum tiba di Yangshuo, ramai pelancong bercadang tinggal di situ selama 2,3 hari, tetapi, pada akhirnya, mereka telah tinggal di situ selama seminggu, kerana mereka boleh beriadah dan berehat

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |