v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wawancara dengan Setiausaha Agung Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Tan Kai Hee

2007-01-05 19:02:38 CRI

Setiausaha Agung Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Encik Tan Kai Hee ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan sentiasa memberikan sumbangan kepada peningkatan hubungan persahabatan dan perdagangan antara kedua-dua negara.

Baru-baru ini, beliau telah menerima wawancara wartawan CRI tentang perkembangan hubungan dua hala China-Malaysia pada masa ini. Beliau berkata bahawa persahabatan di antara Malaysia dengan China boleh dikatakan baik sekali. Saya selaku Setiausaha Agung Persatuan Persahabatan Malaysia-China selama 14 tahun. Sebelum itu, saya sebagai seorang saudagar minta barang daripada negara China lebih kurang 31 tahun. Mungkin itulah sebabnya saya menjadi seorang yang berminat untuk mempereratkan hubungan antara rakyat China dengan rakyat Malaysia.

Menurut beliau, hubungan antara China dengan Malaysia telah terus berkembang dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelancongan. Beliau mencadangkan supaya lawatan antara kedua-dua negara terutama pegawai-pegawai kerajaan ditingkatkan lagi untuk mendatangkan persefahaman dan melincinkan segala pentadbiran di antara Malaysia dengan China. Dengan itu, sekiranya terdapat apa-apa kesilapan atau salah famam boleh diatasi dengan serta merta.

Ketika menyebut dasar luar China yang bersahabat dengan negara jiran, Encik Tan Kai Hee berkata, ini memang sesuatu yang sepatutnya dianggap penting sebab dasar luar kerajaan China itu amat baik sekali. Rakyat di benua Asia mempunyai hasrat untuk hidup bersama-sama dalam keadaan aman dan damai. Selain itu, kami juga telah melihat negara China sedang berusaha memupuk benih persahabatan dengan negara jiran. Dasar luar baik dengan tetangga memang sepatutnya diramalkan memandang peperangan masih berlaku di dunia ini. Saya fikir dasar luar kerajaan China akan mendapat sambutan yang baik daripada negara-negara Asia.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |