v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perdagangan dalam Sektor Perkhidmatan China-ASEAN Berpotensi Besar

2007-01-11 18:45:47 CRI

Perdagangan dalam bidang perkhidmatan antara China dengan pelbagai negara ASEAN telah berkembang secara pesat, terutamanya dalam bidang-bidang seperti pelaburan industri perkhidmatan, pemborongan projek dan kerjasama perburuhan. Kini, ASEAN telah menjadi pasaran eksport yang utama bagi sektor perkhidmatan China.

Di samping itu, negara-negara ASEAN juga telah mengadakan pelaburan di China dalam bidang pengangkutan laut dan udara, perkhidmatan kewangan serta perkhidmatan projek pembinaan.

Perdagangan dalam bidang perkhidmatan merupakan sebahagian penting dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN dan kedua-dua pihak mempunyai kelebihan yang dapat saling melengkapi dalam bidang tersebut antara satu sama lain. Hal itu dapat dilihat dengan jelas daripada struktur industri perkhidmatan kedua-dua pihak. Dalam konteks itu, China mempunyai daya saingan yang lebih tinggi dalam perkhidmatan pembinaan, pengangkutan laut, maklumat elektronik dan perdagangan. Manakala, negara-negara ASEAN juga dianggap mempunyai kelebihan masing-masing dalam industri perkhidmatan, seperti Malaysia dan Singapura mempunyai kelebihan yang menonjol dalam sektor perkhidmatan pengangkutan udara, kewangan, perhotelan, persidangan, pameran, manakala Thailand pula mempunyai kelebihan yang istimewa dalam industri perkhidmatan pelancongan. Sektor perkhidmatan yang dapat saling melengkapi antara China dengan ASEAN telah meletakkan asas yang kukuh kepada perkembangan perdagangan dalam sektor perkhidmatan antara kedua-dua pihak.

Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan perdaganganan dalam sektor perkhidmatan antara China-ASEAN mempunyai potensi yang amat besar seiring dengan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dan peningkatan kerjasama pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua pihak.

Keperluaan perdagangan dalam sektor perkhidmatan China-ASEAN dijangka akan meningkat secara terus-menerus pada masa depan. Usaha mengembangkan industri perkhidmatan dan membuka pintu dalam industri tersebut merupakan sesuatu yang perlu dilakukan oleh China dan pelbagai negara ASEAN yang sedang menjalankan usaha pembentukan semula struktur industri masing-masing. Perkara ini dijangka akan membawa peluang yang besar kepada peningkatan kerjasama antara sektor perkhidmatan kedua-dua pihak yang dilakukan berdasarkan prinsip saling menguntungkan.

Selain itu, proses penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN telah mendorong perdagangan kargo dan pelaburan dalam pelbagai bidang antara kedua-dua pihak. Hal itu pastinya akan menjana keperluaan pasaran perkhidmatan di kedua-dua pihak terutamanya dalam bidang pengedaran komoditi, kewangan, insurans dan lain-lain. Peningkatan kerjasama China-ASEAN dalam sektor perkhidmatan juga berfaedah untuk menjana daya saingan Kawasan Perdagangan China-ASEAN dalam bidang industri di arena antarabangsa.

Demi mendorong perdagangan antara China dengan ASEAN dalam industri perkhidmatan, kedua-dua pihak juga perlu meningkatkan kerjasama dari segi sistem, antaranya termasuklah merangka kerjasama dalam pelbagai projek pembangunan yang besar dan menandatangani "Perjanjian Perdagangan dalam Sektor Perkhidmatan" dan pelbagai perjanjian lain yang diperlukan agar dapat memberi jaminan kepada perkembangan perdagangan antara sektor perkhidmatan kedua-dua pihak.

Pada umumnya, kerjasama dalam sektor perkhidmatan antara China dengan ASEAN mempunyai potensi yang amat cerah dan dapat memperlihatkan kedinamikannya dengan kelebihan masing-masing dimainkan oleh pelbagai pihak.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |