v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sidang Menteri Pelancongan ASEAN+3 Ke-6 Diadakan di Singapura

2007-02-02 14:56:54 CRI

Sidang Menteri Pelancongan ASEAN+3 Ke-6 telah diadakan di Singapura semalam. Para menteri dengan sebulat suara berpendapat bahawa kerjasama ASEAN+3 merupakan mekanisme yang penting untuk mewujudkan matlamat Komuniti Asia Timur.

Para menteri juga menyatakan bahawa kerjasama ASEAN+3 akan menfokuskan kepada pertukaran tenaga profesional, pembangunan sumber manusia dan kerjasama pasaran pelancongan. Para menteri telah memberi penghargaan terhadap usaha China dalam penubuhan "Pusat Promosi Perdagangan, Pelaburan dan Pelancongan China-ASEAN". Mereka berpendapat bahawa Pameran Pelancongan Antarabangsa China 2006 telah menyediakan kemudahan bagi penubuhan komuniti ASEAN.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China Gu Zhaoxi berkata bahawa dalam Sidang Menteri Pelancongan ASEAN+3 kali ini China telah berjanji untuk mempercepat proses pembangunan pusat tersebut dan akan mengasaskan projek untuk melatih lebih ramai tenaga profesional untuk sektor pelancongan pelbagai negara anggota ASEAN. Jepun dan Republik Korea juga telah mengumumkan langkah-langkah bagi meningkatkan kerjasama dengan ASEAN dalam bidang pelancongan.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |