v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerjasama China-ASEAN dalam Bidang Sumber Tenaga Semakin Ditingkatkan

2007-02-15 16:30:44 CRI

Pemimpin pelbagai negara menandatangani "Perisytiharan Keselamatan Sumber Tenaga Asia Timur"dalam Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-2 .

Seiring peningkatan kerjasama antara China dengan beberapa negara ASEAN dan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang sumber tenaga juga semakin dieratkan pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Dalam Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-2 yang ditutup di Cebu, Filipina baru-baru ini, pemimpin beberapa negara ASEAN telah bersama-sama menandatangani "Perisytiharan Keselamatan Sumber Tenaga Asia Timur" yang menggariskan pelbagai usaha dalam bidang sumber tenaga, terutamanya mengembangkan penggunaan pelbagai jenis sumber tenaga yang boleh dikitar semula, seperti biodiesel dan sumber tenaga air. Di samping itu, perisytiharan tersebut juga telah menekankan usaha bersama beberapa negara untuk menjamin keselamatan sumber tenaga serantau.

Kerjasama China-ASEAN dalam bidang sumber tenaga bermula pada 1970-an, manakala kerjasama dilakukan oleh kedua-dua pihak secara mendalam dalam bidang tersebut sejak China menjadi negara pengimport bersih (net import country) pada tahun 1993. Selepas itu, pengimportan minyak China dari ASEAN telah meningkat dari semasa ke semasa dalam tempoh belasan tahun yang lalu. Pada tahun 2005, jumlah pengimportan minyak mentah dan minyak diproses China dari negara-negara ASEAN telah mencatat masing-masing 10 juta tan dan 6 juta tan. Angka itu telah mencatat kadar 7.5% dan 22% daripada jumlah keseluruhan pengimportan kedua-dua jenis minyak China tersebut.

Kini, Vietnam, Indonesia dan Malaysia merupakan tiga sumber pengimportan minyak yang terbesar bagi China di rantau ASEAN. Di samping itu, negara Singapura dan Vietnam masing-masing merupakan tempat pengimportan dan tempat pengeksportan minyak diproses yang terutama bagi China di rantau berkenaan. Selain itu, China telah menandatangani kontrak pembelian petroleum demi jangka panjang dengan kerajaan Brunei pada tahun 2001. Kini, jumlah pengimportan gas asli cecair China dari Thailand telah mencatat 350 ribu tan pada setiap tahun, angka tersebut merupakan separuh daripada jumlah pengeksportan gas asli cecair negara itu.

Indonesia yang mempunyai teknologi maju dan lebih berdaya saing dalam pengeksportan gas asli telah memenangi tender projek gas asli di Delta Sungai Mutiara yang terletak di bahagian selatan China. Serentak dengan itu, Syarikat Petroleum Negara Malaysia (Petronas) juga telah memilih Shanghai, China untuk menjalankan satu projek gas asli yang pertamanya di seberang laut.

Kini, negara ASEAN yang berdekatan dengan China dan kaya dengan pelbagai jenis sumber alam telah menjadi destinasi utama bagi perusahaan sumber tenaga China. Antara beberapa negara ASEAN, Indonesia merupakan satu-satunya negara Asia yang merupakan anggota OPEC dan negara Brunei pula merupakan negara pengeluar gas asli yang keempat terbesar di dunia. Selain daripada itu, Malaysia dan Vietnam juga dikenali sebagai negara pengeluar petroleum yang penting di seluruh dunia.

Pakar berkenaan menyatakan bahawa kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN dalam bidang petroleum akan mendorong pembentukan sistem bekalan petroleum yang kepelbagaian dan hal itu berfaedah bagi menjamin keselamatan sumber tenaga serantau.

Penganalisis berkenaan berpendapat bahawa kerjasama China-ASEAN dalam bidang sumber tenaga akan ditingkatkan secara berterusan berikutan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN yang kini diusahakan oleh kedua-dua pihak. Dalam konteks ini, China dan beberapa negara ASEAN perlu mengekalkan perbincangan yang rapat dalam bidang tersebut dan berdasarkan kepentingan kedua-dua pihak agar kerjasama dalam bidang sumber tenaga membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |