v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

PM Malaysia Menilai Tinggi Hubungan Persahabatan ASEAN-China

2007-03-09 15:38:05 CRI

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menerima wawancara pihak media China di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya baru-baru ini tentang isu hubungan terkini ASEAN-China dan kerjasama persahabatan Malaysia-China.

Dalam wawancara tersebut, Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu telah mengimbas kembali perkembangan hubungan dialog antara China dengan ASEAN sejak 15 tahun lalu. Pada tahun 1991, beliau yang menjawat jawatan sebagai Menteri Luar Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap ASEAN pada waktu itu telah mengundang Menteri Luar China, Qian Qichen untuk menghadiri Sidang Menteri Luar ASEAN Ke-24. Ini merupakan kali pertama bagi pihak China menghadiri sidang tersebut dan hubungan antara ASEAN dengan China telah berkembang dengan pesat selepas itu. Kini, China telah menjadi rakan dialog bagi ASEAN dan dengan aktif mengambil bahagian dalam Forum ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea (10+3).

Abdullah Ahmad Badawi berkata: "Kini, hubungan persahabatan antara ASEAN dan China amat baik dan berjaya." Tegas beliau, China telah memberikan bantuan yang amat besar kepada ASEAN. Beliau turut memberikan contoh bahawa semasa krisis kewangan berlaku di negara-negara ASEAN pada tahun 1998, kerajaan China telah berjanji tidak akan menurunkan nilai mata wang Renminbi supaya meringankan kesukaran pelbagai negara ASEAN. ASEAN amat berterima kasih kepada China dan tidak akan melupakan sokongan yang diberikan oleh kerajaan China.

Abdullah Ahmad Badawi juga berkata bahawa Malaysia sentiasa berusaha untuk mendorong kerjasama Selatan-Selatan kerana peningkatan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara pelbagai negara membangun adalah amat penting. Selain itu, selaku sebuah negara Islam, Malaysia juga telah berusaha untuk mendorong dialog dan persefahaman antara pelbagai tamadun di dunia.

Semasa memperkatakan hubungan antara China dengan ASEAN, Abdullah Ahmad Badawi berkata bahawa hubungan Malaysia-China mempunyai sejarah yang sangat lama. Saudagar China telah membawa sutera China ke Selat Melaka dan Laksamana Cheng Ho juga telah banyak kali memimpin armadanya belayar ke Melaka pada zalam silam. Kini, China amat berminat untuk menjalankan pelaburan dan mengambil bahagian dalam projek-projek pembinaan infrastruktur di Malaysia. Hubungan persahabatan China-ASEAN telah memberi faedah kepada perkembangan hubungan yang pesat antara kedua-dua negara dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah bersetuju dengan "teori acaman China." Menurut beliau, kejayaan China akan menyumbang kepada kejayaan Malaysia dan kestabilan serantau. Di samping itu, beliau berpendapat bahawa China telah memainkan peranan yang semakin penting dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan memberi tumpuan kepada kepentingan negara-negara membangun. Beliau berkata bahawa ASEAN juga menilai tinggi usaha China dalam membantu menyelesaikan masalah nuklear Semenanjung Korea dan menjamin kestabilan di kawasan Laut China Selatan. Tambah beliau, China akan lebih berkeyakinan untuk memainkan peranannya di arena politik antarabangsa seiring dengan perkembangan ekonominya yang stabil pada masa akan datang.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |