v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perkembangan Kajian Etnik Hui China Setelah China Baru Ditubuhkan

2007-03-28 14:38:28 CRI

Pengumpulan pengalaman dan hasil kajian tentang etnik Hui dapat memainkan peranan yang penting untuk mengembangkan sosioekonomi masyarakat etnik Hui China, meningkatkan perpaduan dan persefahaman antara pelbagai etnik serta meningkatkan perkembangan keilmuan tentang kajian etnik Hui di China pada abad baru. 

Sejak China baru ditubuhkan pada tahun 1949 hingga tahun 1960-an, pakar-pakar China telah meningkatkan kajian tentang sejarah pemberontakan penduduk etnik Hui. Mereka telah menyunting beberapa buku dalam bidang tersebut termasuk "Pemberontakan Umat Islam Etnik Hui pada Zaman Dinasti Qing" yang disunting oleh Lin Fan pada tahun 1957, "Catatan Penyelidikan Pemberontakan Umat Islam Etnik Hui di Shaanxi Pada Zaman Maharaja Tongzhi" yang disunting oleh Ma Changshou, "Pemberontakan Umat Islam Etnik Hui di Bahagian Barat Laut China" yang disunting di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia dan lain-lain.

Selain itu, pakar China telah meningkatkan bancian dan penyelidikan tentang sejarah penduduk etnik Hui di pelbagai tempat di China serta menerbitkan pelbagai data yang berkenaan.

Kajian tentang agama Islam telah amat berhasil setelah China baru ditubuhkan. Pada zaman itu, China telah menerbitkan banyak karya penterjemahan tentang agama Islam. Karya dan rencana tentang kajian agama Islam telah ditingkatkan secara besar-besaran dari segi kualiti dan kuantiti. Jumlah karya tentang kajian pelbagai mazhab di China telah semakin meningkat. Selain itu, kajian tentang masjid, khususnya masjid-masjid di kawasan pantai bahagian tenggara China telah mencapai hasil yang besar.

Setelah China mengamalkan dasar pembaharuan dan buka pintu, minda dan pemikiran masyarakat di China semakin hari semakin terbuka. Kajian tentang etnik Hui di China pula telah menuju ke arah satu era yang cemerlang. Pada masa itu, bidang kajian agak meluas, dan hasil kajian pula banyak dikeluarkan. Sebuah kumpulan pakar yang terdiri daripada warga emas, orang pertengahan umur dan pemuda, termasuk pakar profesional dan amatur telah ditubuhkan dalam bidang pengkajian tentang etnik Hui.

Dalam tempoh lebih 20 tahun kebekalangan ini, kajian tentang etnik Hui di China telah berkembang pesat. China telah mengadakan beberapa kali forum dan menerbitkan pelbagai majalah dalam bidang tersebut. Bermula pada tahun 1983 hingga masa sekarang, China telah mengadakan 11 kali forum penyelidikan kebangsaan tentang sejarah etnik Hui di pelbagai bandar termasuk Yinchuan, Kunming, Lanzhou, Chengde, Zhengzhou dan lain-lain. Forum tersebut telah membincangkan asal usul etnik Hui, sejarah etnik pada zaman moden, etnik Hui dalam perang menentang pencerobohan tentera Jepun, ekonomi, pendidikan, tokoh-tokoh etnik Hui dan lain-lain.

Selain itu, China juga telah mengadakan Forum Agama Islam 5 Provinsi dan Wilayah Autonomi di Bahagian Barat Laut China, Forum Agama Islam Kebangsaan, Forum Sejarah dan Kebudayaan Agama Islam di pelbagai provinsi di Kawasan Pantai Tenggara China, forum tentang Laksamana Cheng Ho, perubatan etnik Hui, penduduk etnik Hui di Provinsi Guangdong dan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan lain-lain.

Selain itu, China telah menerbitkan pelbagai buku dan majalah tentang etnik Hui termasuk majalah "Kajian Etnik Hui", "Kajian Etnik di Provinsi Gansu", "Kajian Etnik di Bahagian Barat Laut China", "Kajian Laksamana Cheng Ho", "Dunia Arab", "Muslim China" dan lain-lain. Terbitan-terbitan tersebut telah memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan perkembangan kajian mengenai etnik Hui di China.

Selain itu, kajian tentang etnik Hui juga telah menarik perhatian awam. Terdapat lebih ramai rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat mula meminati akan bidang tersebut. Mereka terdiri daripada etnik Hui, Manchu, Salar, Dongxiang dan lain-lain. Sebahagian daripada mereka ialah pakar profesional, manakala sebahagian yang lain ialah peminat amatur. Berdasarkan statistik, terdapat seramai lebih 1000 orang pakar telah bekerja dalam bidang tersebut.

Bidang kajian etnik Hui semakin meluas. Kajian mengenai etnik Hui di China pada masa dahulu hanyalah tertumpu kepada sejarah penubuhan, dan tokoh-tokoh etnik Hui. Dalam tempoh kira-kira 20 tahun kebekalangan ini, China telah mengadakan forum tentang buku-buku bersejarah bagi etnik Hui, pendidikan di masjid, perkembangan agama Islam di Quanzhou, pemberontakan penduduk etnik Hui, falsafah agama Islam di China, sistem mazhab, pendidikan etnik Hui, ekonomi etnik Hui, tradisi patriotik etnik Hui, antipencerobohan tentera Jepun etnik Hui dan lain-lain. Forum-forum tersebut telah menghasilkan terbitan-terbitan tentang adat resam etnik Hui, kebudayaan etnik Hui, akhlak etnik Hui, seni bina etnik dan lain-lain. Bidang kajian etnik Hui di China semakin hari semakin mendalam dan luas.

Hasil kajian etnik Hui di China semakin banyak pada tahun-tahun kebelakangan ini. Berdasarkan statistik, terdapat kira-kira 200 hingga 300 karya tentang kajian etnik Hui diterbitkan di China pada setiap setahun dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Karya-karya tersebut mempunyai tahap keilmuan yang agak tinggi.

Persatuan Kajian Etnik Hui China telah ditubuhkan di Kunming pada tahun 1998. Pada peringkat permulaannya, kajian etnik Hui hanyalah berkisah kepada penubuhan etnik itu, namun pada masa sekarang, kajian etnik Hui telah melibatkan bidang kebudayaan, ekonomi, pendidikan, mazhab-mazhab, adat resam, perumahan, perubatan, sains dan teknologi, barang kraf tangan, bujangga, kesenian kalangan rakyat dan lain-lain.

Jurusan kajian etnik Hui di pelbagai universiti di China telah mendidik mahasiswa ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam bidang tersebut. Kajian tentang etnik Hui di China akan semakin hari semakin cemerlang.

------Andika

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |