v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Reyhan Kasim Giat Membantu Kanak-Kanak daripada Keluarga Miskin yang Tidak Dapat Bersekolah

2007-04-11 16:34:08 CRI

Reyhan Kasim merupakan seorang profesor madya etnik Uygur yang sudah bersara daripada Institut Petroleum Xinjiang. Beliau dan kawan-kawannya telah membantu lebih seribu orang kanak-kanak dari keluarga miskin yang tidak dapat bersekolah bagi membolehkan mereka bersekolah semula.

Pada suatu hari dalam tahun 1995, Reyhan Kasim sedang membeli sayur-sayuran di pasar. Tiba-tiba beliau terdengar suara kanak-kanak menangis. Setelah mencari akhirnya beliau menemui 2 orang kanak-kanak yang sedang dimaki oleh orang lain. Setelah bertanya, beliau diberitahu bahawa 2 orang kanak-kanak itu telah mencopet duit orang lain. Akhirnya, Reyhan Kasim telah membawa pulang 2 orang budak-budak itu ke rumahnya. 

Reyhan Kasim telah memberi pakaian yang bersih dan memasakkan makanan untuk 2 orang kanak-kanak tersebut. Semasa bertanya tentang keadaan 2 orang kanak-kanak itu, Reyhan Kasim diberitahu bahawa mereka datang daripada keluarga yang miskin dan tidak dapat bersekolah. Mereka terpaksa mencopet duit untuk makan. Hati Reyhan Kasim berasa tersentuh. Beliau berkata: "Saya tidak dapat tidur pada malam itu. Saya juga merupakan seorang ibu, dan anak saya telah besar. Saya mudahg berasa kasihan apabila berjumpa dengan kanak-kanak yang hidup melarat. Saya berpendapat bahawa kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah membuat kejahatan dalam masyarakat, seperti mencuri barang atau mencopet adalah kerana mereka kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa. Saya harus memberi kasih sayang kepada mereka seperti ibu kandung mereka sendiri."

Reyhan Kasim telah membawa kedua-dua orang kanak-kanak itu untuk tinggal bersama-sama di rumahnya. Selain menyediakan penginapan, makanan dan pakaian, beliau juga telah mengajar mereka. Kejadian itu semakin hari semakin diketahui ramai. Setelah itu ramai kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah telah dihantar kepada Reyhan Kasim. Pada tahun 1995 hingga tahun 1997, Reyhan Kasim telah menerima kehadiran 27 orang kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah di rumahnya. Selain menyediakan penginapan dan makanan, Reyhan Kasim juga telah memberi yuran kepada mereka agar mereka dapat bersekolah semula. Dengan perhatian beliau, kanak-kanak tersebut tidak lagi membuat kejahatan dalam masyarakat dan rajin mengikuti pelajaran di sekolah. Reyhan Kasim berasa amat gembira setelah menyaksikan kemajuan kanak-kanak tersebut. Beliau berkata: "Saya bersedia memberi kasih sayang kepada setiap kanak-kanak yang miskin seperti ibu mereka sendiri. Saya merupakan seorang pensyarah, dan saya bertanggungjawab untuk membantu mereka supaya mengikuti jalan yang betul. Ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka kepada saya. Saya juga amat menyayangi dan menjaga kanak-kanak tersebut seperti anak saya sendiri."

Jasa Reyhan Kasim tersebut telah memberi kesan yang baik kepada masyarakat. Mereka turut berusaha untuk menyediakan bantuan kepada kanak-kanak daripada keluarga miskin yang tidak dapat bersekolah. Zaytunam, sahabat Reyhan Kasim juga merupakan seorang guru yang telah bersara, beliau turut menyediakan bantuan kepada kanak-kanak daripada keluarga miskin yang tidak dapat bersekolah. Beliau berkata: "Saya berasa amat gembira kerana dapat membantu kanak-kanak itu. Setelah menyaksikan mereka hidup lebih senang dan dapat bersekolah, hati saya turut gembira."

Berdasarkan statistik, bermula pada tahun 1995 hingga tahun 2006, seribu orang kanak-kanak daripada keluarga miskin telah dibantu oleh orang budiman seperti Reyhan Kasim dan membolehkan kanak-kanak itu bersekolah semula.

1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |