v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Duta Besar China ke Singapura: China-Singapura akan Tingkatkan Lagi Kerjasama Dua Hala

2007-06-07 14:26:12 CRI

Duta Besar China ke Singapura, Puan Zhang Xiaokang telah menerima wawancara wartawan dalam delegasi "Lawatan Kerjasama China-ASEAN" di Singapura baru-baru ini. Semasa diwawancara, beliau menyatakan bahawa kini perkembangan hubungan China-Singapura berkembang dengan amat lancar, kedua-dua pihak akan meningkatkan kerjasama secara berterusan pada masa akan datang.

Puan Zhang Xiaokang yang baru menyandang jawatan sebagai Duta Besar China ke Singapura merupakan duta besar ke-7 yang dihantar oleh kerajaan China ke negara itu. Beliau menggunakan empat perkataan bagi memberi penilaian terhadap perkembangan hubungan China-Singapura, iaitu, "tinggi, cepat, luas dan mendalam."

Beliau berkata: "Yang disebut tinggi ialah lawatan antara pucuk pimpinan kerajaan kedua-dua negara telah kerap kali diadakan dan satu Suruhanjaya Kerjasama Bersama di peringkat Naib Perdana Menteri telah ditubuhkan. Cepat pula bermaksud hubungan ekonomi dan perdagangan China-Singapura telah mengekalkan aliran perkembangan yang amat pesat. Yang dikatakan luas ialah kerjasama antara kedua-dua negara telah melibatkan bidang-bidang yang amat luas. Manakala, perkataan 'mendalam' pula boleh menunjukkan perkaitan yang rapat antara kerjasama menyeluruh itu dengan perkembangan strategi ekonomi kedua-dua negara.

Puan Zhang Xiaokang berkata bahawa kerjasama China-Singapura masih mempunyai potensi yang amat luas pada masa akan datang. Kedua-dua pihak akan terus meningkatkan kerjasama dalam bidang-bidang yang berikut: "Pertama, kedua-dua negara akan terus mengadakan lawatan yang lebih kerap antara pucuk pimpinan dan meningkatkan pertukaran antara tokoh-tokoh pelbagai lapisan. Kedua, China-Singapura akan terus berusaha untuk meneroka program kerjasama yang baru di zon industri di bandar Suzhou China. Ketiga, kedua-dua pihak akan aktif mendorong rundingan tentang kawasan perdagangan bebas China-Singapura berdasarkan prinsip sama rata dan saling menguntungkan. Keempat, perusahaan kedua-dua negara perlu mengukuhkan kerjasama untuk menembusi pasaran antarabangsa. Kelima, kedua-dua pihak perlu meningkatkan kerjasama pelbagai hala dan mengintensifkan kerjasama keselamatan.

Zhang Xiaokang berkata bahawa kadar purata tahunan.pertumbuhan jumlah perdagangan China-Singapura telah mengekalkan paras 25% pada tahun-tahun kebelakangan ini. Jumlah perdagangan dua hala kedua-dua negara telah mececah 40 bilion dolar Amerika pada tahun 2006.

Singapura akan menjadi negara pengerusi bergilir ASEAN pada bulan Ogos nanti. Duta Besar, Zhang Xiaokang berpendapat bahawa Singapura akan memainkan peranan positif dalam mendorong integrasi ASEAN dan peningkatan hubungan antara ASEAN dengan China.

Beliau berkata: "Singapura merupakan salah satu penaja bagi ASEAN dan sentiasa aktif mendorong pelbagai usaha yang dilakukan oleh ASEAN. Singapura yang bakal menjadi negara pengerusi bergilir ASEAN telah aktif membuat persiapan supaya "Piagam ASEAN" dapat diluluskan dalam Sidang Kemuncak ASEAN pada tahun ini."

Puan Zhang Xiaokang turut memberi penilaian yang tinggi terhadap Ekspo China-ASEAN yang telah 3 kali diadakan dengan jayanya di bandar Nanning, Guangxi China. Beliau menyifatkan ekspo tersebut sebagai platform yang baik untuk mendorong kerjasama China-ASEAN.

Selain itu, Zhang Xiaokang juga turut memberi penghargaan yang tinggi terhadap aktiviti liputan "Lawatan Kerjasama China-ASEAN" kali ini.

Beliau berkata: "Saya berpendapat ini merupakan satu aktiviti liputan yang amat baik kerana wartawan China telah mewawancara tokoh-tokoh pelbagai kalangan di negara ASEAN. Perkara itu akan membantu wartawan China supaya mengenali masyarakat negara-negara ASEAN dengan lebih dekat dan di samping itu dapat memperkenalkan konsep pembangunan secara damai, saintifik dan harmoni China kepada rakyat negara ASEAN."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |