v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ong Keng Yong Optimis terhadap Prospek ASEAN dan Hubungan dengan China

2007-06-21 19:36:33 CRI

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 penubuhan ASEAN. Dalam tempoh 40 tahun lalu, ASEAN telah berkembang menjadi sebuah pertubuhan serantau yang amat penting dan aktif memainkan peranannya dalam mengangani hal ehwal Asia Pasifik dan antarabangsa. Baru-baru ini, delegasi "Lawatan Kerjasama China-ASEAN" yang terdiri daripada wartawan pelbagai pihak media China telah mengadakan temu bual dengan Setiausaha Agung ASEAN, Ong Keng Yong.

Semasa diwawancara, Ong Keng Yong telah mengimbas kembali proses perkembangan ASEAN sejak ditubuhkan. Beliau turut melahirkan rasa puas hati terhadap kemajuan yang dicapai oleh ASEAN dalam proses integrasi politik dan ekonomi. Beliau mengumpamakan proses perkembangan ASEAN itu dengan tiga tempoh dalam kehidupan manusia, iaitu bayi, remaja dan dewasa. Beliau berkata: "Kita telah menempuh masa secara berperingkat-peringkat, bermula dari masa bayi yang agak lemah, masa remaja yang suka akan cabaran dan masa awal dewasa yang sering malu dan terlalu formal. Kini, kami berasa sangat sukacita kerana ASEAN telah memasuki tempoh perkembangan yang baru. Semasa ASEAN baru ditubuhkan pada tahun 1967, harapan kami pada masa itu tidak begitu besar. Pada waktu itu, kami tidak pernah membayangkan yang ASEAN boleh berkembang menjadi sebuah pertubuhan yang melibatkan semua negara Asia Tenggara dan boleh melakukan pelbagai usaha bersama-sama dengan China, Jepun, India dan beberapa negara rakan dialog yang lain. Maka, saya sangat berpuas hati."

Ong Keng Yong berkata bahawa dalam proses perkembangan selama 40 tahun, ASEAN telah mengambil banyak iktibar dan juga mempelajari pelbagai cara untuk menjayakan sebuah pertubuhan serantau. Kini, pelbagai negara anggota ASEAN berusaha bersama-sama untuk mencapai matlamat ke arah pembentukan "Komuniti ASEAN". Beliau berkata: "Kini, kami sedang aktif mendorong penggubalan Piagam ASEAN yang boleh dijadikan sebagai perlembagaan. Selama ini, dalam tempoh 40 tahun, ASEAN tidak mempunyai perlembagaan kerana semua negara yang berkenaan berasa tidak perlu dan hanya mahu bersama-sama sebagai rakan sahaja. Walau bagaimanapun, kini asas dari segi undang-undang yang sesuai perlu disediakan untuk ASEAN. Kami yakin dalam tempoh tujuh, lapan tahun akan datang, pelbagai negara ASEAN akan menumpukan perhatian kepada pembentukan komuniti ASEAN.

China dan ASEAN telah menjalinkan hubungan dialog sejak 16 tahun lalu, perkembangan hubungan dua hala tetap berkembang dengan amat lancar. Semasa menyebut Ekspo China-ASEAN yang diadakan di Nanning, Guangxi China pada setiap tahun, Ong Keng Yong berpendapat bahawa ekspo itu telah mendekatkan hubungan antara China dengan ASEAN dan juga hubungan antara pelbagai negara ASEAN, khususnya hubungan dari segi ekonomi. Beliau berkata: "Ekspo China-ASEAN berfaedah bagi mengeratkan lagi hubungan antara pelbagai negara ASEAN dan juga akan membantu ASEAN mendekati negara China."

Ong Keng Yong menyatakan bahawa Ekspo China-ASEAN membolehkan kedua-dua pihak menyelaraskan dasar berkenaan dan mengembangkan hubungan antara satu sama lain.

Semasa memperkatakan jaringan landasan kereta api Sub-Asia yang menghubungan ASEAN dengan China, Ong Keng Yong berpendapat bahawa matlamat pembinaan jaringan landasan kereta api tersebut pastinya akan dicapai dan perkara ini akan akan memberi manfaat kepada perkembangan ekonomi China dan pelbagai negara ASEAN. Beliau berkata: "Matlamat itu pastinya akan tercapai. Sebenarnya, China sentiasa aktif mendorong pembinaan projek landasan kereta api tersebut. Kini, projek berkenaan telah diselesaikan di Yunnan, Sichuan dan Guangxi China berdasarkan jadual yang ditetapkan, dan sekarang pula, kami yang perlu berusaha menjayakan usaha tersebut."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |