v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

ASEAN Tumpuhkan Perhatian terhadap Kemimpinan Asia

2007-06-28 14:25:44 CRI

Forum Ekonomi Dunia Asia Timur ke-16 yang akan berlangsung selama 2 hari telah dirasmikan di Singapura semalam. Tema forum itu ialah "Kepimpinan Utama bagi Abad Asia". Lebih 300 orang pegawai kerajaan serta wakil daripada kalangan politik, perniagaan dan akademik dari 26 buah negara telah menyertai forum tersebut. Mereka telah mengadakan perbincangan tentang proses pembentukan Asia sebagai salah satu pola utama di dunia, arah aliran perkembangan Asia pada masa akan datang, kepimpinan Asia dalam proses globalisasi serta isu-isu lain.

Mengenai prospek Asia, Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo menyatakan dengan penuh keyakinan:

"Saya telah menaruh harapan tinggi terhadap Asia. Saya yakin bahawa Asia dan rakyat Asia pasti akan memainkan peranan yang lebih penting dalam urusan ekonomi dan politik sedunia."

Asia merupakan satu rantau yang ekonominya berkembang dengan paling pesat di dunia pada masa ini. Serentak dengan itu, proses integrasi ekonomi serantau juga sedang dipercepat. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, perjanjian perdagangan bebas dua hala dan pelbagai hala di rantau Asia telah bertambah bilangannya. Berdasarkan statistik, perjanjian perdagangan bebas yang telah ditandatangani atau sedang dibincangkan di kawasan Asia Timur telah mencatat jumlah 109. Mengenai isu tersebut, Menteri Perdagangan Indonesia, Puan Mari Elka Pangestu menyatakan bahawa:

"Asia Timur telah memainkan peranan utama dalam bidang perdagangan dan globalisasi, dan telah mendorong perkembangan seluruh rantau Asia. Saya berpendapat bahawa untuk terus memainkan peranan kepimpinan, Asia Timur harus menguruskan pelbagai perjanjian perdagangan bebas dua hala dan serantau dengan bersungguh-sungguh."

Kini, negara-negara Asia telah menghadapi banyak cabaran dalam proses pembandaran masing-masing. Seiring dengan proses pembandaran yang semakin dipercepat, sejumlah besar penduduk desa telah bertukar menjadi penduduk bandar. Dalam konteks ini, kerajaan pelbagai negara perlu menghadapi pelbagai masalah yang antaranya termasuk pengangkutan, perancangan bandar, pembinaan infrastruktur dan sebagainya. Sedangkan penduduk Asia yang semakin bertambah akan membebankan masalah tersebut. Mengenai isu itu, Menteri Luar Singapura, George Yeo Yong Boon berkata:

"Kepesatan pembandaran di Asia jarang ditemui dalam sejarah manusia. Terdapat banyak percanggahan dalam bidang politik, ekonomi, sosial, agama dan etnik akibat peluasan jurang perbezaan pendapatan di bandar. Hanya dengan kepemimpinan yang baik, maka percanggahan tersebut akan dapat diselesaikan."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |