Kini, makanan yang lazat dari Thailand, hasil bumi yang pelbagai jenis dari Vietnam dan tarian yang bergaya dan menarik dari Filipina telah berakar dan menjadi semakin popular di bandar Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China seiring dengan penganjuran Ekspo China-ASEAN yang diadakan setahun sekali di bandar itu sejak tahun 2004.
Seiring dengan peningkatan kerjasama dan pertukaran antara Guangxi dengan negara ASEAN dalam bidang ekonomi, perdagangan dan kebudayaan pada tahun-tahun kebelakangan ini, menjadikan penduduk Nanning semakin ramai yang berminat untuk membelajari bahasa negara-negara ASEAN.
"Kini, membelajari bahasa negara ASEAN telah menjadi arus ikutan dalam kalangan pemuda di Nanning." Cik Wei yang bertugas di Agensi Majalah Institut Pendidikan Guangxi bercakap kepada wartawan. Beliau sendiri juga mulai mempelajari bahasa Vietnam sejak tahun lalu dan kini sudah mampu bertutur dalam bahasa tersebut dengan ayat-ayat yang ringkas. Menurut Cik Wei, beliau juga merancang untuk mengikuti satu kursus bahasa Thailand pada bulan September nanti. Beliau berkata: "Thailand merupakan sebuah negara beragama Buddha yang amat unik. Saya sangat berminat kepada pantainya yang indah dan pemandangan tropika di sana. Bekerja atau menetap hidup di Thailand memanglah impian bagi saya."
Mempelajari bahasa negara ASEAN bukan menjadi kegemaran bagi orang muda sahaja, malahan ramai orang yang berumur agak baya juga telah menunjukkan minat mereka dalam perkara itu.
Encik Lan ialah ketua pengurus bagi sebuah syarikat yang mengusahakan perdagangan luar. Beliau berkata: "Penganjuran Ekspo China-ASEAN telah membolehkan kami untuk menjalinkan hubungan perniagaan dengan ahli perniagaan dari negara ASEAN. Saya juga ingin memajukan perniagaan saya di pasaran negara ASEAN, maka menguasai bahasa negara ASEAN menjadi sangat penting."
Naib Ketua Institut Bahasa-Bahasa Asing Universiti Etnik Guangxi, Huang Xiulian memaklumkan bahawa kelas jurusan bahasa negara Asia Tenggara hanya mempunyai mahasiswa yang berjumlah lebih kurang 20 orang sahaja pada 5 tahun yang lalu. Manakala, kini mahasiswa yang mengikuti jurusan bahasa Vietnam dan Thai telah melebihi 70 orang. Menurut beliau, jurusan bahasa negara ASEAN akan mengambil pelajar hampir 200 orang pada tahun ini, jumlah itu telah meningkat sekali ganda berbanding tahun 2000. Selain itu, sejumlah institusi pengajian tinggi yang lain di Nanning juga mula membuka jurusan bahasa negara ASEAN memandangkan bahasa-bahasa tersebut semakin mendapat perhatian.
Etnik-etnik dari pelbagai negara ASEAN, seperti etnik Yue dan etnik Dai dari Vietnam dan etnik Tai dari Thailand mempunyai asal-usul yang sama dengan etnik Jing dan etnik Zhuang dari Guangxi China. Oleh hal yang sedemikian, bahasa Thai dan bahasa Laos mempunyai banyak persamaan dengan dialek bahasa Zhuang. Liang Hui yang kini mengambil jurusan bahasa Thai di Universiti Etnik Guangxi berkata bahawa terdapat sejumlah perkataan yang sama antara bahasa Thai dengan dialek di kampong hamalannya, maka amat mudahlah bagi dia untuk membelajari bahasa tersebut. Naib Ketua Institut Bahasa-Bahasa Asing Universiti Etnik Guangxi, Huang Xiulian juga menyatakan bahawa pelajar dari Guangxi mempunyai kelebihan dalam mempelajari bahasa negara-negara ASEAN, khususnya dalam sebutan dan indonasi.
Jurusan bahasa negara ASEAN mendapat sambutan yang hangat juga disebabkan oleh siswazah mudah mencari pekerjaan selepas tamat universiti. Yan Shanshan, seorang pensyarah bahasa Thai di Universiti Etnik Guangxi berkata: "Jumlah mahasiswa yang mempelajari bahasa Thai di universiti kami telah bertambah sekali ganda berbanding dengan masa dahulu. Ini kerana amat mudah bagi siswazah untuk mendapatkan pekerjaan." Menurut beliau, kini semakin banyak perusahaan negara ASEAN mengadakan pelaburan di Guangxi, sehubungan dengan itu, siswazah yang mengikuti jurusan bahasa negara ASEAN sangat dikehendaki oleh perusahaan-perusahaan tersebut.
|