v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wu Jingjun: Pembinaan Gelanggang Sukan Olimpik Beijing Telah Utamakan Penggunaan Teknologi yang Mesra Alam dan Jimat Tenaga

2007-07-13 16:27:22 CRI

Berdasarkan laporan daripada laman web rasmi Sukan Olimpik Beijing tahun 2008 kelmarin, jurucakap Pejabat Projek Sukan Olimpik Beijing, Wu Jingjun menyatakan dalam sidang akhbar pada petang 11 Julai lalu bahawa projek pembinaan gelanggang Sukan Olimpik Beijing telah mencapai hasil yang amat memuaskan dalam bidang inovasi sains dan teknologi yang antaranya termasuk penjimatan tenaga dalam bangunan, penjimatan sumber air, penggunaan tenaga baru, mesra alam dan pembinaan bangunan hijau.

Pertama, pembinaan struktur keluli projek Sukan Olimpik Beijing telah mencapai taraf tertinggi di China dan taraf maju di peringkat antarbangsa. Misalnya, jumlah bahan keluli yang digunakan untuk membina Gelanggang Sukan Olimpik 2008 telah mencatat lebih 100 ribu tan. Pembinaan projek itu telah menghadapi banyak kesukaran teknikal akibat kepelbagaian penggunaan sistem struktur keluli. Menerusi inovasi sains dan teknologi, pihak berkenaan telah mengatasi kesukaran tersebut, dan mencapai kemajuan besar dalam perkembangan penggunaan struktur keluli.

Kedua, penjimatan sumber air telah dilaksanakan secara meluas. Program penjimatan air Sukan Olimpik Beijing telah dilaksanakan dengan langkah-langkah seperti penggunaan sumber air secara bersepadu dan pembinaan kemudahan penjimatan air. Berdasarkan statistik berkenaan, antara 121 projek penjimatan air, 4 buah telah mencapai taraf tinggi, 67 buah telah mencapai taraf maju dan 50 buah yang lain telah memenuhi piawaian.

Ketiga, tenaga baru yang boleh dibaharui atau dikitar semula telah digunakan dengan baik. Setakat ini, tenaga baru seperti fotoelektrik, cahaya dan haba, haba bumi, haba air kumbahan dan tenaga angin telah digunakan dalam 69 buah projek Sukan Olimpik.

Keempat, konsep perlindungan alam sekitar telah diutamakan ketika membina gelanggang Sukan Olimpik. Berdasarkan statistik, konsep perlindungan alam sekitar telah digunakan dalam 191 buah projek Sukan Olimpik, antaranya 77 buah adalah berkaitan dengan alam sekitar dan perlindungan ekologi, 46 buah telah menggunakan bahan binaan hijau, dan 57 buah yang lain telah menggunakan teknologi dan produk perlindungan alam sekitar lain.

Kelima, penjimatan tenaga dalam bangunan telah dilaksanakan secara menyeluruh. Jumlah pembinaan projek Sukan Olimpik yang melaksanakan konsep tersebut telah mencatat 168 buah.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |