v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cita-Cita Guru Bahasa Mandarin China di Thailand

2007-07-27 18:26:50 CRI

Seiring dengan sambutan baik yang diberikan terhadap bahasa Mandarin di seluruh dunia, kini kian ramai guru China berkhidmat di pelbagai negara sebagai sukarelawan untuk mengajarkan bahasa Mandarin dan kebudayaan China. Thailand merupakan salah sebuah negara yang paling ramai terdapat guru sukarelawan China. Dalam tempoh bulan Mei hingga Jun lalu, seramai 400 orang guru dari China telah tiba di negara itu untuk mengajarkan bahasa Mandarin.

Guo Jianli ialah seorang mahasiswa yang mengikuti kursus sarjana muda dalam jurusan pendidikan bahasa Mandarin dan pertukaran kebudayaan di Universiti Perguruan Nanjing, China. Beliau datang ke Thailand pada bulan Mei lalu untuk bertugas di sebuah sekolah tempatan sebagai guru bahasa Mandarin. Ketika memperkatakan sebabnya beliau membuat keputusan untuk bertugas di Thailand, beliau berkata: "Sebenarnya tujuan saya sangat jelas, iaitu untuk memperkenalkan kebudayaan China kepada rakyat di seluruh dunia dan menghayati adat resam yang istimewa di negara asing. Saya tetap beranggapan bahawa seseorang itu perlu menambah pengalamannya semasa masih muda, biarpun terpaksa mengalami sebarang kesulitan, namun pengalaman itu tetap bermakna dan berharga dalam kehidupan kita."

Sebenarnya, kehidupan Guo Jianlin selepas tiba di Thailand tidaklah lancar semuanya. Katanya: "Bagi saya yang membesar di bahagian utara China, mula-mula memanglah tidak biasa dengan cuaca yang panas di Thailand dan jatuh sakit sebaik sahaja selepas setengah bulan sampai di sini. Namun, saya bernasib baik kerana telah dijaga baik oleh guru yang lain. Isteri guru besar telah membawa saya ke hospital tanpa mengira cuaca yang panas terik. Selepas tiga hari sahaja, saya telah sihat dan kembali bekerja. Dengan pengalaman itu, saya telah meningkatkan kemampuan untuk menyesuaikan diri."

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, situasi keselamatan di selatan Thailand menjadi agak tegang. Sesungguhnya, ini merupakan cabaran kepada sukarelawan China yang bertugas sebagai guru bahasa Mandarin di sana. Walau bagaimanapun, mereka menyatakan bahawa mereka tidak akan menuntut untuk ditukar tempat kerja mereka. Guru bahasa Mandarin dari China, Yu Xiaopei yang bertugas di sekolah yang sama dengan Cao Suhua berkata bahawa perhatian dan salam dari tanah air telah menambah keazaman kami untuk meneruskan tugas di sini. Katanya:"Tanah air dan rakyat tidak akan melupakan kami yang bertugas sebagai sukarelawan di sini. Negara sentiasa memberi perhatian kepada keselamatan kami. Saya akan bekerja dengan bersungguh-sungguh di sini dan menyempurnakan tugas dengan baik."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |