v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bateri Kertas Jenis Baru Boleh Menjana Kuasa Elektrik Dengan Peluh?

2007-08-20 15:07:18 CRI

Berdasarkan laporan akhbar Guangzhouribao China, satu hasil kajian saintifik terkini yang dikeluarkan oleh ahli penyelidik A.S. pada 13 Ogos lalu menunjukkan bahawa kertas boleh membekalkan kuasa elektrik seperti bateri. Pada masa akan datang, bateri kertas itu juga berharapan untuk menjana kuasa elektrik pelbagai peralatan yang diimplan ke dalam tubuh manusia.

Ahli sains daripada Institut Politeknik Rensselaer A.S., Pulickel Ajayan menyatakan:

"Sebaik sahaja masalah eknologi berkenaan diselesaikan, kami boleh memulakan penghasilan bateri dan kapasitor super. Kami berpendapat bahawa kini, teknologi tersebut amat diperlukan bagi pasaran sumber tenaga dan sektor kuasa elektrik kerana sektor tersebut sentiasa berusaha untuk mencari sumber tenaga yang lebih kecil dan ringan."

Untuk menghasilkan bateri kertas, ahli penyelidik terlebih dahulu akan merendamkan kertas biasa ke dalam tiub nano karbon yang panjangnya hanya satu per sebilion meter, bersamaan dengan diameter satu DNA. Setelah direndam ke dalam tiub nano karbon, kertas biasa itu akan menjadi hitam dan mudah mengalirkan elektrik. Apabila elektrolit bateri biasa diserapkan ke dalam kertas hitam tersebut, maka kertas itu akan menjadi bateri yang boleh menjana kuasa elektrik.

Menurut ahli penyelidik, sekeping bateri kertas yang dihasilkan melalui cara tersebut boleh membekalkan kuasa elektrik untuk lampu jimat tenaga bagi lampu suluh. Selain itu, ahli sains juga menggunakan bateri kertas tersebut untuk membangunkan cara-cara pembekalan tenaga yang lain seperti kapasitor super yang digunakan dalam kenderaan elektrik. Kapasitor super itu membolehkan kenderaan elektrik beroperasi lebih lama.

Selain itu, bateri kertas juga boleh menggunakan cecair masin dalam tubuh manusia seperti peluh dan darah sebagai elektrolit. Jika penyelidikan dan pembangunan teknologi tersebut dapat dijayakan, maka teknologi itu akan digunakan secara menyeluruh dalam bidang biologi dan perubatan.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |