v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Program Pendidikan Olimpik Sediakan Bantuan kepada 4 Juta Remaja China

2007-08-22 16:18:16 Agensi Berita China

Berdasarkan laporan daripada laman web rasmi Sukan Olimpik Ke-29, memupuk semangat Olimpik melalui aktiviti sukan merupakan salah satu matlamat utama Sukan Olimpik. Program pendidikan Olimpik akan menyediakan bantuan kepada 4 juta orang remaja daripada pelbagai sekolah di China. Dengan ini, Sukan Olimpik Beijing akan memberi kesan yang ketara dan meluas terhadap pendidikan di China.

Dengan satu aktiviti anjuran bersama oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Kementerian Pendidikan China dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), pendidikan Olimpik telah disenaraikan dalam kurikulum sekolah. Dalam kursus latihan khusus, konsep nilai, kecemerlangan dan semangat Olimpik telah digabungkan dalam proses pengajaran. Selain itu, siri buku teks telah dikeluarkan untuk membimbing para pelajar mengetahui sejarah serta peraturan pelbagai acara Sukan Olimpik dan logo Olimpik. Di samping itu, siri aktiviti seperti pertandingan fotografi, lukisan, pembacaan puisi, kaligrafi dan ceramah dalam bahasa asing telah diadakan untuk membudayakan Sukan Olimpik di pelbagai sekolah di China.

Sejak Rancangan Sekolah Teladan Pendidikan Sukan Olimpik dilaksanakan pada tahun 2005, 556 buah sekolah menengah dan rendah di China telah dipilih sebagai sekolah teladan. Rancangan tersebut telah menggalakkan pihak sekolah menjalankan tindakan baru dalam pendidikan sukan, dan telah membangkitkan minat para pelajar terhadap aktiviti sukan. Selain itu, kempen pendidikan Olimpik "Perkongsian Hati ke Hati" telah menjadi satu platform penting bagi pelajar dari China dan pelbagai tempat di dunia untuk bertukar-tukar fikiran dan pengalaman.

Ketika melawat ke Sekolah Menengah Ke-4 Beijing pada awal bulan ini, Presiden IOC, Jacques Rogge menyatakan:

"Kita harus hidup bersama, bersatu padu dan bersahabat. Maka kita harus menghormati orang lain, sama ada lelaki atau perempuan, pendek atau tinggi, muda atau tua, dari Asia, Afrika, Eropah, Amerika atau Oceania. Sukan yang dimiliki oleh kita semua."

Naib Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Li Binghua telah membuat rumusan bahawa program pendidikan Olimpik pasti akan dapat membantu China dalam membina sistem pendidikan yang bertaraf tinggi.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |