v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penggambaran Filem Rasmi Sukan Olimpik Beijing

2007-08-23 11:43:13 CRI

Filem rasmi petama sukan Olimpik diterbitkan pada tahun 1912 bagi Sukan Stockholm di Swiden. Selepas itu, penggambaran filem telah menjadi satu tugas dan mesti ditugaskan oleh setiap jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik. Filem rasmi Sukan Olimpik biasanya akan menggambarkan pertandingan sukan Olimpik atau cerita mengenai sukan Olimpik dan merupakan catatan sejarah yang penting. Setakat ini, pelbagai dokumentari yang kita selalu tonton tentang pertandingan sukan Olimpik pada masa lalu adalah daripada filem rasmi Olimpik. Sekarang, kita selalu teruja oleh filem rasmi yang ditayangkan lalu dan dirangsangkkan oleh semangat atlet seluruh dunia yang berani, cekal dan tidak mudah mengaku kalah.

Sukan Olimpik Beijing 2008 juga akan menerbitkan satu filem rasmi yang bernama "Sukan Olimpik Beijing". Difahamkan bahawa penggambaran filem itu akan mula beroperasi tidak lama lagi dan dijalankan secara besar-besaran pada Mac tahun depan. Filem itu akan menjadi filem rasmi Olimpik ke-22 dalam sejarah Sukan Olimpik. Baru-baru ini, kumpulan tenaga kerja perfileman filem itu telah dibentuk dan Puan Gu Jun daripada Studio Perfileman Dokumentari Pusat China, telah memperkatakan tentang filem rasmi sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau menyatakan:

"Penggambaran filem rasmi Sukan Olimpik pertamanya telah mewakili Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Antarabangsa, keduanya, telah mewakili Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Beijing. Ini juga merupakan kelainan yang paling besar berbanding dengan dokumentari yang lain. "

Tambah beliau, penggambaran filem rasmi Sukan Olimpik kali ini akan ditambah dengan pelbagai unsur yang bercirikan Timur. Aktiviti penyerahan dan penyalaan obor Olimpik, upacara perasmian dan penutupan, persiapan atlet pelbagai negara bagi pertandingan dan lain-lain akan digambarkan untuk mencerminkan tema Olimpik kali ini, iaitu "One World, One Dream", menyebarkan semangat Olimpik dan cita-cita rakyat seluruh dunia untuk mewujudkan keharmonian dunia.

Berdasarkan perancangan asal, kumpulan tenaga kerja penggambaran filem "Sukan Olimpik Beijing" akan membuat penggambarannya terhadap 6 kumpulan atlet yang berbeza di lima benua dunia pada Mac depan yang mencerminkan cerita atlet dari pelbagai negara semasa membuat persiapan bagi mernyertai pertandingan Sukan Olimpik. Penerbit filem rasmi itu, Encik Wu Qi menyatakan bahawa mereka akan menegaskan cita-cita rakyat seluruh dunia terhadap keharmonian dan kedamaian melalui filem itu. Beliau berkata:

"Keharmonian bukanlah satu konsep sahaja. Toleransi terhadap kepelbagaian memainkan peranan yang amat penting bagi mewujudkan keharmonian. Walaupun sesetengah atlet adalah dari negara-negara yang masih berlaku peperangan antara satu sama lain, akan tetapi di gelanggang pertandingan Sukan Olimpik, mereka akan bersama-sama menyertai pertandingan secara damai. Ini disebabkan oleh semangat Olimpik. Pihak kami tidak akan mengetepikan konflik yang wujud antara mereka, sama ada dari segi politik, kebudayaan dan lain-lain, malah kami akan cuba mencerminkan sesetengah konflik tersebut dalam filem kami. Inilah faktornya yang menyebabkan kami akan menghantar salah satu kumpulan ke kawasan Timur Tengah. Walaupun mungkin situasi di sana adalah berbahaya, tetapi kami telah membuat keputusan itu. Kebanyakan adegan filem itu akan dibuat penggambarannya semasa pertandingan sedang berlangsung, hanya sebahagian kecil sahaja dibuat penggambaran di tempat lain seperti yang disebutkan tadi. Kemuanya adalah untuk mencerminkan bahawa sejak sukan Olimpik pertama yang telah diadakan selama lebih 100 tahun, filem tersebut masih memikul tanggungjawab yang besar. "

Disebabkan China ialah tuan rumah penganjuran Sukan Olimpik kali ini, oleh itu, ramai orang ingin mengetahui sama ada filem rasmi kali ini akan mencerminkan pelbagai aspek China atau pun tidak. Wu Qi menyatakan bahawa filem rasmi Olimpik akan mementingkan pelbagai pertandingan dalam Olimpik, pihak penerbit akan menambah ciri-ciri China melalui muzik dan lain-lain secara tidak langsung. Tambah beliau, pihak penerbit filem itu tidak akan memfokuskan penggambaran tentang atlet China walaupun China ialah tuan rumah Olimpik kali ini.

Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Antarabangsa dan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Beijing telah menaruh harapan yang besar terhadap filem itu. Pengarah filem persukanan A.S., yang juga pengarah filem yang terkenal di arena antarabangsa, Bud Greenspan akan menjadi penasihat filem tersebut.

Seleps Beijing berjaya menjadi tuan rumah untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2008, Studio Dokumentari Pusat China telah memulakan penggambaran satu filem yang bernama "2001+7", filem itu telah menyediakan pelbagai bahan dan pengalaman bagi filem rasmi Olimpik Beijing nanti. "2001+7" telah mencatat persiapan China bagi Sukan Olimpik 2008 dan telah memasuki fasa penggambaran terakhir. Filem itu akan ditayangkan kepada orang awam pada Julai tahun 2008. Pembinaan Stadium Sukan Olimpik, persiapan atlet China, pemilihan sukarelawan, kerja penjaminan keselamatan Olimpik dan lain-lain telah digambarkan dalam filem "2001+7" yang telah dijalankan selama 7 tahun. Pengarahnya Gu Jun turut menjadi pengarah filem rasmi Sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata:

"Syarat penting bagi sesebuah negara membuat permohonan penganjuran Sukan Olimpik ialah stadium bagi mengadakan pelbagai pertandingan yang bertaraf antarabangsa. Selain itu, kerja penjaminan keselamatan sukan olimpik juga amat penting. Selain syarat yang objektif, watak utama mesti ada bagi sesebuah filem. Maka, kami telah memilih sebuah keluarga, beberapa atlet dan menggambarkan cerita mengenai mereka."

Difahamkan bahawa "2001+7" menggambarkan perubahan dan cerita yang berlaku kepada sebuah keluarga, beberapa atlet dan polis khas dalam tempoh 7 tahun sejak China berjaya menjadi tuan rumah untuk menganjurkan Sukan Olimpik Beijing 2008 bagi mencerminkan tema sukan Olimpik itu, iaitu "One World, One Dream."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |