v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik Akan Sediakan Pemangkin yang Berterusan kepada Pembangunan China

2007-09-10 14:50:34 Agensi Berita Xinhua China

Berdasarkan laporan daripada laman web Agensi Berita Xinhua China, dalam Sidang Tahunan Davos Musim Panas Dalian kelmarin, para usahawan dan cendekiawan dari China dan luar negara telah mengadakan perbincangan secara mendalam tentang peluang pembangunan dan kesan yang akan dibawa oleh Sukan Olimpik kepada China.

Pengerusi Kumpulan Publicis, kumpulan periklanan dan komunikasi terbesar di Perancis, Maurice Levy berpendapat bahawa sebagai satu pertandingan yang agak unik di dunia, Sukan Olimpik akan membuatkan negara China yang mencapai perkembangan pesat lebih terbuka dan mempunyai prospek pembangunan yang lebih cerah.

Ketua Pengarah Pusat Pengajian China dalam Ekonomi Dunia Universiti Tsinghua China, Li Daokui menyatakan bahawa pembaharuan berorientasikan pasaran di China sedang dipercepat. Seiring dengan kedatangan Sukan Olimpik Beijing, lebih banyak tindakan pembukaan pasaran telah diambil, ini akan menjadikan pelbagai maklumat lebih terbuka dan telus.

Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Yili Mongolia Dalam China, Encik Pan Gang telah mengisahkan satu cerita. Beliau pernah menemui seorang pemandu teksi Beijing yang rajin mempelajari bahasa Inggeris. Pemandu teksi itu telah berkenalan dengan ramai kawan asing, antaranya termasuk beberapa orang diplomat. Pan Gang berkata bahawa Sukan Olimpik akan mendorong peningkatan taraf dan keterbukaan mentaliti rakyat. Kini, pelbagai sektor di China sedang mengalami perubahan disebabkan oleh Sukan Olimpik.

Syarikat Atos Origin Perancis telah menyediakan sokongan teknikal kepada beberapa Sukan Olimpik yang termasuk Sukan Olimpik Beijing. Pengerusi syarikat itu, Bernard Bourigeaud menyatakan bahawa penganjuran Sukan Olimpik akan bermanfaat bagi perkembangan sektor perkhidmatan China. Beliau yakin bahawa syarikat perisian dan perkhidmatan IT China akan berkembang dengan pesat dalam tempoh 5 tahun akan datang, dan ekonomi China tetap akan berkembang secara berterusan selepas Sukan Olimpik Beijing.

 

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |