v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Aktiviti Liputan Bersama Radio dan Televisyen Antarabangsa "Fokus kepada Guangxi dan Teluk Beibu" Berakhir

2007-09-21 12:58:13 CRI

Malam gembira diadakan sebelum aktiviti liputan bersama radio dan televisyen antarabangsa "Fokus kepada Guangxi dan Teluk Beibu" berakhir.

Aktiviti Liputan Bersama Radio dan Televisyen Antarabangsa "Fokus kepada Guangxi dan Teluk Beibu" telah berakhir di Bandar Guilin, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, China baru-baru ini ini.

Aktiviti liputan bersama kali ini terutamanya memfokuskan pembangunan kawasan ekonomi Teluk Beibu Guangxi, kerjasama antara Guangxi dengan ASEAN dalam bidang ekonomi, kebudayaan, pelancongan serta keadaan persiapan Ekspo China-ASEAN ke-4.

Pengarah aktiviti liputan bersama kali ini yang juga Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Radio, Filem dan Televisyen Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, Encik Su Xinsheng berpendapat bahawa aktiviti liputan bersama kali ini amat bermakna dan dapat meningkatkan persefahaman dan persahabatan antaran China dengan ASEAN serta Guangxi dengan ASEAN.

Sejak 6 September, lebih 70 orang wartawan dari 26 buah media China, ASEAN dan Jepun telah mengadakan lawatan selama dua minggu ke lapan bandar di Guangxi sepertai Nanning, Fangchenggang, Qinzhou, Beihai dan lain-lain. Para wartawan berpendapat bahawa Guangxi berjiran dengan ASEAN, kerjasama ekonomi Pan Teluk Beibu akan mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak. Meningkatkan kerjasama dengan Guangxi bermakna penting bagi pelbagai perusahaan ASEAN untuk meneroka pasaran China.

Ekspo China-ASEAN Ke-4 akan diadakan di Nanning, ibu kota Wilayah Etnik Zhuang Guangxi China pada 28 Oktober tahun ini. Ekspo yang diadakan dengan setahun sekali itu telah dianjurkan sebanyak tiga kali sejak tahun 2004.

Semasa diwawancara oleh wartawan yang mengikuti aktiviti liputan bersama "fokus kepada Guangxi dan Teluk Beibu" baru-baru ini, Naib Ketua Setiausaha Ekspo China-ASEAN telah membuat kesimpulan terhadap pengalaman kejayaan dalam penganjuran ekspo tersebut. Beliau berpendapat bahawa terdapat dua faktor yang menyumbang kepada kejayaan eskpo tersebut. Beliau berkata: "Yang pertama, pemimpin China dan pelbagai negara ASEAN telah memberi keutamaan yang tinggi dan badan pelbagai kedua-dua pihak juga telah melakukan usaha yang gigih untuk menjayakan ekspo tersebut. Kedua, penganjuran ekspo itu adalah berdasarkan perkembangan hubungan yang baik antara China dengan ASEAN dalam bidang politik dan ekonomi terutama kemajuan yang dicapai dalam proses penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |