v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Masjid Shuncheng di Bandar Kunming China

2007-09-26 13:49:19 CRI

Masjid Shuncheng merupakan masjid yang tertua dan terbesar di bandar Kunming dan terletak di pusat bandar tersebut. Keadaan ini telah menarik ramai umat Islam tempatan serta umat Islam dari pelbagai provinsi yang lain bersolat di masjid tersebut. Selain itu, terdapat juga ramai umat Islam negara asing yang bekerja di Kunming turut bersolat di masjid tersebut. Sempena menyambut hari kebesaran Islam, terdapat lebih 700 orang umat Islam bersolat di masjid itu pada satu-satu waktu. Imam Li Yongchun yang berkhidmat di masjid Shuncheng berkata: "Semasa menyambut hari kebesaran Islam termasuk Hari Raya Korban, Hari Raya Aidilfitri dan Maulidur Rasul, terdapat kira-kira 5 hingga 6 ribu orang umat Islam berkumpul di masjid kami. Semasa menyambut Maulidur Rasul, pihak masjid akan menyembelih kira-kira 12 ekor lembu dan menyediakan 1500 buah meja makanan untuk dihidangkan kepada umat Islam yang datang bersolat. Sempena majlis tersebut, pihak masjid akan mengambil peluang itu untuk memperkenalkan pengetahuan tentang agama Islam kepada umat Islam yang datang menyambut hari kebesaran.

Pada tahun 2003, masjid Shuncheng mula menguruskan jemaah haji. Salah seorang ulama masjid Shuncheng berkata: "Kami mula menguruskan jemaah haji pada tahun 2003. Kami telah memohon kebenaran kerajaan pusat China untuk menubuhkan kompleks pengurusan jemaah haji provinsi Yunnan. Sehingga masa sekarang, kami telah 4 kali menguruskan jemaah haji. Terdapat ramai umat Islam dari provinsi yang lain di China turut berdaftar untuk menyertai pengurusan jemaah haji di masjid kami. Pada tahun ini, terdapat lebih 1700 orang umat Islam telah mendaftarkan diri untuk menyertai jemaah haji yang diuruskan oleh masjid kami. Kuota jemaah haji masjid kami telah diatur hingga tahun 2008."

Terdapat banyak rombongan lawatan Islam dari negara asing termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, India, Pakisan, negara-negara di Timur Tengah dan lain-lain telah melawat ke masjid Shuncheng. Mereka telah bertukar-tukar pendapat dengan imam masjid kami dengan mengunakan bahasa Arab. Kami telah menyambut kunjungan sebuah rombongan profesor dari Malaysia, mereka amat minat akan masjid kami. Imam Li Yongchun berkata: "Mereka telah bertanya kepada saya tentang jumlah masjid dan jumlah umat Islam di bandar Kunming serta waktu solat dan mazhab di tempat kami. Mereka juga amat minat akan cara umat Islam di sini menyambut hari kebesaran agama Islam serta keadaan perkembangan agama Islam di kawasan kami. Mereka telah mengetahui keadaan perkembangan agama Islam di bandar Kunming melalui masjid kami."

Masjid Shuncheng telah mewujudkan satu kursus yang memperkenalkan pengetahuan tentang agama Islam kepada umat Islam warga emas di kawasan itu. Terdapat kira-kira 300 orang umat Islam warga emas telah mengikuti kursus tersebut. Mereka mempelajari selok-belok agama Islam selama 2 jam sehari. Imam telah menceritakan kandungan kitab al-Quran, Fiqah, Sirah dan lain-lain kepada mereka. Pemimpin Jabatan Pentadbiran Hal Ehwal Agama Bandar Kunming telah memberi penilaian yang tinggi terhadap kursus tersebut. Imam Li Yongchun berkata: "Pada zaman ini, golongan pemuda sibuk bekerja dan mereka tiada waktu untuk menjaga orang tua mereka. Umat Islam warga emas boleh mengikuti pengajian agama Islam dan berborak-borak di masjid kami. Mereka berasa senang hati dengan keadaan sedemikian."

Pada masa sekarang, kerajaan sedang merancang untuk membaik pulih masjid Shuncheng semula agar masjid itu dapat dilindungi dengan lebih baik. Encik Ma Chongwen berkata: "Masjid kami telah disenaraikan sebagai warisan budaya yang penting di daerah Wuhua bandar Kunming. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, masjid kami telah dianugerahkan sebagai contoh masjid yang terbaik di bandar Kunming malah provinsi Yunnan. Kami akan berusaha untuk menjadikan masjid kami sebagai salah satu masjid yang paling cemerlang di China."

------Andika


1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |