Menurut Agensi Berita Xinhua China, Laman Web Pusat Media untuk Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China (PKC) ( www.cpcnews.cn) akan dibuka pada 8 Oktober nanti.
Laman Web Pusat Media untuk Kongres Kebangsaan ke-17 PKC akan membuka ruangan " perisytiharan kongres, proses persidangan, perubahan jawatan peringkat tinggi, laporan dokumen, sidang akhbar serta menyediakan maklumat tentang Kongres Kebangsaan ke-17 PKC dalam bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris kepada wartawan dan pembaca China dan luar negara.
Pusat Media untuk Kongres Kebangsaan ke-17 PKC juga akan menyediakan perkhidmatan bermula pada 8 Oktober. Pusat media itu terletak di Hotel Media Beijing. Ia akan menyediakan perkhidmatan tentang mengeluarkan kad pemberita dan mengesahkan permohonan wawancara kepada pemberita dari Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Wilayah Pentadbiran Khas Makau dan kawasan Taiwan dan wartawan asing yang membuat liputan terhadap Kongres Kebangsaan ke-17 PKC itu.
|