v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Su Erdong, Penyanyi Etnik Hui yang Terkenal di China

2007-10-03 15:49:40 CRI

"Huaer" merupakan sejenis cara nyanyian yang amat unik bagi penduduk etnik Hui di bahagian barat laut China. Cara nyanyian tersebut mempunyai keistimewaan etnik Hui dan adat resam tempatan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Su Erdong, penyanyi etnik Hui telah berusaha untuk memajukan cara nyanyian tersebut. Persembahan beliau telah mendapat sambutan yang baik daripada rakyat di kawasan tersebut. Encik Su Erdong selalu menghidangkan persembahan yang sungguh menarik untuk majlis perkahwinan dan jamuan penduduk etnik Hui.

Su Erdong merupakan seorang pensyarah di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Beliau amat berminat dalam kerja penggubahan dan menyanyikan lagu. Pada lebih 10 tahun kebelakangan ini, beliau telah mengeluarkan 5 buah album termasuk "Penduduk Etnik Hui", "Bunga Delima" dan lain-lain. Album-album tersebut mengandungi lebih 120 buah lagu.

Sejak kecil, Encik Su Erdong telah berminat terhadap bidang nyanyian. Setelah tamat daripada universiti, beliau mula menceburkan diri dalam kerja penggubalan lagu. Pada peringkat awal, beliau hanya menggubah lagu yang bercirikan etnik Kazak dan etnik Uygur. Seterusnya, beliau telah mula menggubah lagu yang bercirikan etnik Hui. Encik Su Erdong berkata: "Dalam sebuah jamuan untuk saya dan rakan sesekolah saya, terdapat seorang rakan saya telah bertanya kepada saya: Awak pandai menyanyikan lagu yang bercirikan etnik Kazak dan Uygur, adakah awak boleh menyanyikan lagu yang bercirikan etnik Hui atau tidak? Seorang rakan saya yang lain telah berkata, penduduk etnik Hui tidak mempunyai lagu sendiri. Saya telah membantah pandangan rakan saya dengan mengatakan bahawa penduduk etnik Hui kami mempunyai sejenis cara nyanyian yang disebut 'Huaer". Namun rakan saya telah menyatakan bahawa 'Huaer" merupakan cara nyanyian yang terlalu lama, kami tidak memahami dan kurang tertarik dengan cara nyanyian tersebut."

Pada permulaannya, Su Erdong tidak bersetuju dengan pandangan rakannya tersebut. Namun, setelah puas befikir, akhirnya, beliau berpendapat bahawa etnik Hui hanya mempunyai satu cara nyanyian sahaja, iaitu "Huaer". Namun cara nyanyian "Huaer" yang dicipta oleh generasi tua etnik Hui mempunyai melodi dan alat muzik yang ringkas dan banyak menggunakan dialek. Oleh sebab itu, generasi muda etnik Hui kurang memahami cara nyanyian "Huaer" tersebut.

Semenjak itu, Encik Su Erdong telah berazam untuk mengembangkan seni nyanyian etnik Hui. Beliau berkata: "Muzik pelbagai etnik yang lain telah berkembang pesat dan telah menerima ciri-ciri muzik dunia barat serta kebudayaan yang moden. Saya berpendapat bahawa etnik Hui juga sepatutnya mempunyai lagu yang moden yang boleh memperkenalkan kebudayaan serta adat resam etnik sendiri kepada penduduk etnik yang lain melalui lagu-lagu tersebut."

Su Erdong telah menjalankan kajian tentang sejarah dan kebudayaan etnik Hui. Terdapat ramai tokoh etnik Hui yang terkenal dalam sejarah China termasuk Laksamana Cheng Ho, pujangga Pu Songling, seniman Ma Sanli dan lain-lain. Su Erdong berazam untuk menggubah sebuah lagu yang menceritakan tentang sejarah dan kebudayaan etnik Hui. Akhirnya, beliau telah menggubah lagu "Penduduk Etnik Hui". Rakan Su Erdong, Bao Yucheng telah menyatakan bahawa beliau paling tertarik dengan lagu "Penduduk Etnik Hui" tersebut. Encik Bao Yucheng berkata: "Su Erdong telah dapat menceritakan kegemaran dan tamadun etnik Hui melalui lagunya. Kami telah memahami secara lebih mendalam tentang sejarah dan kebudayaan etnik Hui melalui lagu Su Erdong."

Muzik merupakan kegemaran bagi Su Erdong. Namun beliau telah menghadapi masalah kewangan untuk menerbitkan albumnya. Jumlah jualan album pertama Su Erdong amat kecil disebabkan oleh kekurangan promosi. Su Erdong telah menyanyikan lagunya untuk rakyat di dataran dan kaum tani di ladang. Lama-kelamaan, lagu Su Erdong semakin popular dan mendapat sambutan yang baik daripada rakyat. Rakan Su Erdong, Encik Bao Yucheng berkata: "Saya telah menemani Su Erdong untuk membuat persembahan nyanyian di desa-desa. Saya amat terharu dengan keadaan sambutan di sana. Semasa Su Erdong menghidangkan persembahan di sekolah Islam, terdapat ramai pelajar yang menangis setelah mendengar lagunya dan meminta tandatangan daripada Su Erdong. Selain penduduk etnik Hui, penduduk pelbagai etnik yang lain di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang termasuk Uygur, Kazak dan lain-lain turut amat minat akan persembahan beliau."

Sambutan daripada rakyat telah menggalakkan Su Erdong untuk menunting lebih banyak karya. Tidak lama selepas itu, beliau telah menerbitkan album-album VCD seperti "Penduduk Etnik Hui", "Gadis Etnik Hui", "Bunga Delima Abang" dan lain-lain. Lagu "Anak Masuk Sekolah" yang digubah oleh Su Erdong telah menceritakan tentang kanak-kanak Etnik Hui yang rajin mengikuti pelajaran di sekolah.

Kini, lagu-lagu Su Erdong amat popular di bahagian barat laut China.

Encik Ma Zheli merupakan seorang umat Islam etnik Hui di Beijing. Encik Ma menyatakan bahawa beliau dan anak lelakinya yang berumur 10 tahun amat tertarik dengan lagu daripada Su Erdong. Beliau berkata: "Lagu daripada Su Erdong telah menceritakan tentang sejarah dan akhlak penduduk etnik Hui. Saya berpendapat bahawa lagu-lagunya telah memainkan peranan yang penting untuk memupuk perasaan kasih sayang, perlindungan alam sekitar dan lain-lain. Saya selalu memperdengarkan lagu Su Erdong untuk anak saya."

Pakar muzik berpendapat bahawa lagu-lagu yang digubah oleh Su Erdong telah menggabungkan ciri nyanyian "Huaer" daripada etnik Hui, muzik daripada pelbagai etnik yang lain serta melodi muzik moden. Setelah menjadi seniman yang terkemuka, Encik Su Erdong masih berminat untuk membuat persembahan nyanyian kepada rakyat secara percuma. Beliau menyatakan bahawa rakyat merupakan penyokong karyanya, beliau akan berusaha untuk mencari ilham bagi menggubah lebih banyak lagu untuk rakyat.

------Andika

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |