v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perusahaan Guangxi China Mengutamakan Konsep Perlindungan Alam Sekitar

2007-10-19 11:20:32 CRI

Datuk Bandar Guilin, Zhang Xiulong memaklumkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Guilin dalam usaha perlindungan alam sekitar.

Sebanyak 700 juta hingga 800 juta meter padu bahan kayu digunakan dalam proses pembuatan kertas di seluruh dunia pada setiap tahun, dengan kata yang lain hutan yang seluas puluhan juta hektar ditebang dalam hal tersebut. Manakala, Syarikat Pembuatan Kertas Dongya, Guangxi telah berjaya mengurangkan penggunaan bahan kayu dalam proses pembuatan kertas mereka dengan menggunakan sisa tebu yang diproses sebagai bahan mentah. Syarikat Pembuatan Kertas Dongya ditubuhkan dengan modal yang diperuntukkan oleh Syarikat Mitr Phol Gula Thailand dan sebuah syarikat Hong Kong. Ketua Pengurus syarikat itu, Encik Yi Chengyi memaklumkan: "Syarikat Mitr Phol Gula Thailand mempunyai lima kilang pengeluar gula tebu di sini. Terdapat 50 ribu tan sisa tebu dikeluarkan dalam proses pengeluaran mereka pada setiap tahun. Manakala, sisa tebu itu boleh menggantikan bahan kayu sebagai bahan mentah dalam pengeluaran kertas. Perkara ini amat berfaedah bagi perlindungan alam sekitar."

Encik Yi Chengyi turut memberitahun wartawan bahawa perawatan air kumbahan yang dihasilkan dalam proses pengeluaran tetap merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh sektor pengeluaran kertas. Dalam konteks ini, kilang syarikatnya telah menggunakan tenik perawatan air kumbahan yang modan dari Belanda dan A.S. agar memastikan pelepasan air sisa mereka dapat memenhui piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan.

Wartawan daripada AIFM, Malaysia, Choo Seau Wei telah menunjukkan minatnya terhadap teknik pembuatan kertas itu yang tidak menggunakan bahan kayu. Beliau berkata: "Kerajaan Malaysia juga amat mengutamakan perlindungan alam sekitar dan berharap dapat mengurangkan jumlah penebangan hutan. Baru-baru ini, terdapat sebuah majalah yang melambangkan konsep perlindungan alam sekitar diterbtikan di Malaysia, namanya "Lohas". Kertas yang dipakai oleh majalah itu ialah kertas yang dikitar semula dan semua diimport dari luar negara. Saya berharap agar teknik pembuatan kertas yang menggunakan sisa tebu ini dapat diperkenalkan ke Malaysia."

Wartawan pelbagai negara yang mengikuti aktiviti liputan "Fokus kepada Guangxi dan Teluk Beibu" telah melawat ke 8 buah bandar di Guangxi. Apabila mengadakan kunjungan ke perusahaan-perusahaan di sana, wartawan mendapati bahawa konsep perlindungan alam sekitar telah menjadi perkara yang ditumpu perhatian dalam proses pengeluaran mereka. Sebagai contoh, dalam projek pembuatan kertas yang dilabur oleh Kumpulan APP Indonesia di bandar Qinzhou, bahan mentah bagi menghasilan kertas ialah pokok Eucalyptus tumbuh pesat yang ditanam di kawasan tandus atau tanah yang disewa daripada kaum tani tempatan. Perkara ini juga telah mengurangkan kerosakan terhadap hutan asli akibat aktiviti pembuatan kertas.

Selain itu, pusat perawatan air kumbahan yang ditubuhkan oleh Kumpulan Besi dan Keluli Liuzhou dengan peruntukan sebanyak 50 juta Yuan Renminbi telah menjayakan penggunaan semula terhadap air kumbahan yang dirawati dan merealisasikan matlamat tidak melepaskan lagi air kumbahan dalam proses pengeluaran mereka.

Kini, baik perusahaan tempatan ataupun perusahaan modal asing telah memandang perlindungan alam sekitar sebagai satu usaha yang amat penting. Perkara ini juga disebabkan oleh dasar-dasar yang dikemukakan oleh pelbagai kerajaan tempatan Guangxi. Datuk Bandar Guilin, Zhang Xiulong menyatakan:"Kami sentiasa memberi keutamaan kepada perlindungan alam sekitar dalam proses pembangunan dan telah meningkatkan piawaian mengenai perlindungan alam sekitar semasa mengizinkan projek-projek baru dijalankan."

Beliau berkata bahawa dalam proses pembangunan industri, kami menggalakkan perkembangan syarikat berteknologi tinggi dan baru yang tidak melepaskan sisa pencemaran atau hanya melepaskan pencemaran yang rendah. Di samping itu, semua projek industri harus dijalankan di zon industri khas yang jauh dari kawasan bandar dan destinasi pelancongan.

Kini, kerajaan dan kalangan perusahaan Guangxi amat mengambil berat mengenai perlindungan alam sekitar dan ekologi dan bukan semata-mata untuk mengejarkan keuntungan ekonomi. Perkara ini telah memberi kesan yang amat mendalam kepada wartawan pelbagai negara, Wartawan dari Kemboja, Ly Chantha berkata: "Kerajaan Guangxi amat mementingkan usaha perlindungan alam sekitar. Saya telah mendapati bahawa pelbagai perusahaan di sini telah berusaha untuk mewujudkan pengitaran semula terhadap bahan buangan. Saya harap negara-negara ASEAN dapat membelajari pengalaman tersebut kerana perlindungan alam sekitar penting bagi semua umat manusia."

Saudara pendengar, sekialan ruangan China-ASEAN untuk kali ini, yang disiarkan oleh Fadil, salam mesra!

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |