v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Media ASEAN Fokuskan kepada Ekspo China-ASEAN

2007-11-09 19:42:53 CRI

Ukiran kayu dari Laos, kopi dari Vietnam, permata dari Myanmar, beras dari Thailand dan pelbagai jenis barangan unik yang lain dari negara ASEAN telah dipamerkan dalam Ekspo China-ASEAN yang diadakan setahun sekali di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China. Barangan-barangan itu sentiasa menarik perhatian para pengunjung dan peniaga pelbagai negara. Di samping itu, Ekspo China-ASEAN juga telah menjadi perhatian media massa dari pelbagai negara ASEAN.

Ekspo China-ASEAN Ke-4 yang diadakan pada 28 hingga 31 Oktober lalu telah disertai oleh sebanyak 1908 buah perusahaan, antaranya 677 buah perusahaan dari negara ASEAN dan menawarkan sebanyak 1128 buah gerai pameran daripada kesemua 3400 buah dalam eskpo kali ini, menduduki 33% daripada jumlah keseluruhan gerai pameran dan meningkat 35% berbanding ekspo pada tahun lalu. Malaysia, Indonesia, Myanmar, Thailand dan Vietnam telah menyewa ruanga pemeran sendiri untuk mempamerkan barangan masing-masing. Ekspo China-ASEAN Ke-4 juga telah menarik kedatangan puluhan orang wartawan dari negara ASEAN untuk membuat liputan.

Ketua Pengarah Bahagian Berita Bahasa Mandarin Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Encik Vincent Low berkata: "Semasa membuat liputan tentang Ekspo China-ASEAN kali ini, media Malaysia memberi perhatian terhadap berita-berita tentang kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN, terutamanya China dengan Malaysia. Kami menyampaikan berita berkenaan pada setiap hari kepada media yang lain di Malaysia. Oleh sebab kerjasama antara China dengan Malaysia dalam bidang perdagangan dan pelaburan semakin meningkat, maka, rakyat Malaysia juga menumpukan perhatian terhapap berita yang berkaitan, saya yakin laporan mengenai Ekspo China-ASEAN kali ini akan mendapat perhatian daripada kalangan masyarakat Malaysia."

Kerjasama pelabuhan merupakan salah satu tema utama dalam Ekspo China-ASEAN Ke-4. 11 buah bandar dari China dan negara ASEAN yang menyertai pameran "City of Charm" dalam ekspo kali ini ialah Tianjin China, Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam, Sihanoukville Kemboja, Palembang Indonesia, Savannakhet Laos, Klang Malaysia, Yangon Myanmar, Teluk Subic Filipina, bandar Singapura, Singapura; Chon Buri Thailand dan Ha Long Vietnam. Selain Savannakhet, Laos, 10 buah bandar yang lain ialah bandar pelabuhan.

Wartawan dari Vietnam, Ky Lan menyatakan: "Upacara perasmian Ekspo China-ASEAN kali ini amat berdaya cipta dan menarik. Sifat originalnya ialah sebuah kapal yang besar, ia bukan sahaja mencerminkan tema utama ekspo kali ini, iaitu peningkatan kerjasama pelabuhan, tetapi juga melambangkan China dan 10 negara ASEAN akan berusaha bersama-sama mencipta masa depan dengan menaiki kapal yang sama."

Berdasarkan statistik bahawa kini syarikat dari China mencatat jumlah paling banyak antara syarikat asing yang melabur di Laos, manakala sejumlah banyak perusahaan China itu mulai mengadakan pelaburan mereka di Laos selepas menyerai seminar promosi pelaburan yang diadakan dalam Ekspo China-ASEAN. Seminar promosi pelaburan Laos yang diadakan dalam Ekspo China-ASEAN kali ini telah menarik wartawan Laos untuk membuat liputan.

Wartawan dari "Vientiane Times" Laos, Manichanh memberitahu pemberita kami bahawa: "Ekspo China-ASEAN bukan sahaja merupakan platform untuk mempamerkan produk-produk pelbagai negara, tetapi juga merupakan saluran penting bagi kerajaan pelbagai negara untuk memperkenalkan dasar pelaburan masing-masing untuk menarik pelaburan asing. Saya berpendapat bahawa ekspo kali ini amat bermanfaat bagi lebih ramai orang mengetahui negara saya, meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Laos dengan China, malah ASEAN dengan China dan berfaedah bagi penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN. "

Dimaklumkan bahawa kebanyakan barangan yang dipamerkan oleh perusahaan negara ASEAN dalam ekspo kali ini ialah barangan elektronik, barangan kimia kegunaan seharian, produk pertanian, makanan, perabot, barang kemas, kraftangan, minyak kelapa sawit, gali-galian dan lain-lain. Manakala barangan yang dipamerkan oleh perusahaan China adalah produk-produk yang mempunyai permintaan besar di pasaran negara ASEAN, seperti mesin dan peralatan, peralatan pemprosesan makanan dan pembungkusan, kelengkapan tenaga elektrik, alat ganti kereta dan bahan binaan.

Selain itu, 9 forum dan persidangan antaranya termasuk Forum Pembangunan dan Kerjasama Pelabuhan China-ASEAN telah diadakan dalam tempoh Ekspo China-ASEAN Ke-4 kali ini.

Wartawan dari "Jakarta Post" Indonesia, Andi Haswidi berpendapat: "Topik perbincangan dalam ekspo kali ini lebih profesional. Penganjuran 9 persidangan peringkat menteri dan forum yang bersifat profesional merupakan ciri-ciri yang menonjol dalam Ekspo China-ASEAN kali ini dan berfaedah bagi menambah pengaruh ekspo tersebut."

Wartawan dari negara ASEAN semasa diwawancara menyatakan bahawa Ekspo China-ASEAN telah menjadi satu platfrom bagi merancakkan perdagangan antara China dengan negara ASEAN. Wartawan dari Majalah Asia Dragon Filipina, Maureen Tracy L. Tanedo berkata: "Negara kita semua ialah negara Asia, selain kebudayaan dan sejarah yang mirip, kita juga mempunyai banyak persamaan yang lain. Saya rasa Ekspo China-ASEAN ini akan memperdalam dan mendorong persefahaman dan kepercayaan antara China dengan negara ASEAN."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |