v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kumpulan Syarikat Hai-O Malaysia Sumbangkan 100 Ribu RM kepada Pusat Pengajian Melayu China

2007-11-15 16:04:52 CRI

(Dari kiri ke kanan ialah: Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O, Encik Tan Kai Hee, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Mustapa Mohamed, Cancelor BFSU, Profesor Hao Ping dan Ketua Pusat Pengajian Melayu China, Profesor Wu Zongyu)

Majlis penyampaian sumbangan oleh Kumpulan Syarikat Hai-O Berhad Malaysia kepada Pusat Pengajian Melayu China Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) telah diadakan di BFSU hari ini. Dalam majlis itu, Ketua Pengarah Kumpulan Hai-O, Encik Tan Kai Hee telah menyampaikan sumbangan sebanyak 100 ribu RM kepada Pusat Pengajian Melayu China bagi mendorong perkembangan pusat itu pada masa hadapan.

Majlis penyampaian sumbangan itu turut disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Mustapa Mohamed yang sedang melawat di China, Kaunselor Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia di China, Encik Chuah Chee Meng, Cancelor BFSU dan Profesor Hao Ping.

Semasa menyampaikan ucapan dalam majlis itu, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Mustapa Mohamed telah memberi penilaian yang tinggi kepada peranan yang dimainkan oleh Pusat Pengajian Melayu China dalam mendorong pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang pendidikan. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak BFSU yang memberi layanan yang amat baik kepada 10 orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian bahasa Mandarin di BFSU.

Mahasiswa jurusan bahasa Melayu BFSU mempersembahkan tarian tradisional Melayu dalam majlis tersebut.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |