Menurut berita CRI, China dan 10 negara ASEAN telah menandatangani "Memorandum Persefahaman tentang Meningkatkan Kerjasama Kesihatan dan Kesihatan Tumbuh-Tumbuhan China-ASEAN" di Singapura semalam untuk meningkatkan kerjasama kawalan keselamatan kesihatan.
Berdasarkan perjanjian itu, kedua-dua pihak akan menubuhkan sistem komunikasi yang lebih berkesan untuk bertukar-tukar maklumat tentang kawalan keselamatan dalam bidang kesihatan tepat pada waktunya, termasuklah barang makanan yang diimport dan dieksport, hasil pertanian, binatang dan tumbuh-tumbuhan, penyakit dan benda beracun yang ditemui dalam barang-barang tersebut.
Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Penyeliaan, Pemerikssaan dan Kuarantin Mutu Negara China Li Changjiang dan Setiausaha Agung ASEAN Ong Keng Yong telah menandatangani memorandum itu. Perdana Menteri China Wen Jiabao dan pemimpin-pemimpin dari 10 negara anggota ASEAN telah menghadiri upacara penandatanganan itu.
|