Pemimpin-pemimpin dari 10 negara ASEAN telah menandatangani Piagam ASEAN dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13 yang diadakan pada petang 20 November lalu. Dalam Piagam ASEAN itu telah ditetapkan dengan jelas matlamat strategik, prinsip, kedudukan dan rangka ASEAN, antaranya termasuk ASEAN akan berusaha untuk memelihara kedamaian, keselamatan dan kestabilan serantau serta mendorong proses integrasi serantau, terus mengekalkan prinsip tidak mencampuri urusan dalaman negara lain, menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesamarataan, keutuhan wilayah dan keunikan bangsa pelbagai negara anggota ASEAN dan mengekalkan cara penyelesaian pertikaian secara damai. Piagam ASEAN itu merupakan dokumen pertama yang mempunyai kuasa di sisi undang-undang bagi ASEAN dalam tempoh 40 tahun sejak penubuhan ASEAN dan akan membawa erti yang penting kepada proses integrasi ASEAN.
Penandatanganan Piagam ASEAN akan meletakkan asas yang kukuh bagi pembangunan ASEAN pada masa depan. ASEAN merupakan sebuah pertubuhan serantau dan gabungan negara yang bersifat terbuka dan juga satu mekanisme kerjasama yang ditubuhkan oleh pelbagai negara Asia Tenggara berdasarkan asas saling menghormati. Dalam perkembangan selama 40 tahun ini, mekanisme kerjasama ASEAN telah mendapat pengiktirafan yang meluas daripada masyarakat antarabangsa. Sebagai contoh yang baik kerjasama antara negara kecil dan sederhana, ASEAN cukup aktif dan dinamik semasa mengambil bahagian dalam hal ehwal politik dan ekonomi dunia. Boleh dikatakan bahawa Piagam ASEAN merupakan perumusan dan warisan daripada proses perkembangan ASEAN selama 40 tahun dan berfaedah bagi ASEAN terus mengekalkan model pembangunan, konsep kerjasama dan pendidiran politik sendiri dalam iklim potilik dan ekonomi antarabangsa yang rumit pada masa ini.
Pemiliharaan dan peningkatan kedamaian, keselamatan dan kestabilan serantau telah ditetapkan sebagai matlamat yang paling diutamakan dalam Piagam ASEAN. Perkara ini mencerminkan kepentingan bersama pelbagai negara ASEAN dan juga selaras dengan keadaan pembangunan semasa pelbagai negara anggota ASEAN. Pelbagai pertubuhan kerjasama serantau telah ditubuhkan di dunia dalam proses globalisasi ekonomi dan integrasi seratau. Berkaitan dengan pertubuhan serantau yang lain, ASEAN menjadikan kerjasama dalam politik dan keselamatan sebagai asas bagi mendorong kerjasama dalam bidang ekonomi, social dan kebudayaan. Sudah dibuktikan bahawa bagi negara-negara ASEAN yang sistem politik, kebudayaan dan taraf pembangunan ekonominya berbeza-beza, adalah amat sukar untuk mencapai hasil kerjasama sekiranya isu keselamatan tidak dapat terjamin.
Dalam konsep kerjasama, ASEAN tidak mencontohi cara beberapa pertubuhan serantau lain yang urusannya dikuasai oleh satu atau beberapa negara besar, melainkan memberi kedudukan yang sama rata kepada semua negara anggota semasa mengambil keputusan tanpa mengira negara itu besar ataupun kecil. Dalam usaha perhubungan luar pula, ASEAN telah mengekalkan prinsip yang terbuka dan toleransi dan bersedia untuk menjalinkan dialog dan kerjasama secara meluas dengan negara dan pertubuhan antarabangsa yang lain. Setakat ini, ASEAN telah mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi memajukan kerjasama ekonomi "bersifat terbuka" dalam proses globalisasi, antaranya termasuk membentuk mekanisme kerjasama ASEAN-China, Jepun dan Republik Korea (10+3) dan ASEAN-China (10+1) serta menjalinkan hubungan rakan dialog dengan A.S., Kesatuan Eropah, Rusia, Australia, Newzealand, Kanada dan Indina. Konsep kerjasama yang terbuka itu telah memberi dorongan besar kepada pembangunan ASEAN.
Jika mengimbas kembali perkembangan hubungan antarabangsa boleh didapati bahawa negara besar sentiasa menjadi kuasa penuntu dalam hal ehwal antarabangsa, manakala negara kecil sentiasa diketepikan. Namun, kemunculan ASEAN telah menamatkan keadaan tersebut dan membolehkan negara-negara anggotanya bersama-sama memainkan peranan yang semakin penting dalam arena politik dan ekonomi antarabangsa. Kini, struktur politik dan ekonomi antarabangsa sedang mengalami perubahan secara terus-menerus. Dalam proses globalisasi dan multikutub politik pada masa ini, ASEAN juga menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha pembaharuannya, antaranya termasuk penyelarasan strategi pembangunan dan mekanisme pengoperasian sendiri. Melalui langkah-langkah penyermpurnaan pada masa akan datang, ASEAN diharapkan akan menjadi kuasa penting dalam memelihara kedamaian dan kestabilan serantau dan menjamin kedamaian dan pembangunan di rantau Asia-Pasifik dan memainkan peranan yang lebih penting dalam mendorong demokrasi perhubungan antarabangsa.
|