v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Piagam ASEAN Sediakan Rangka Undang-undang kepada ASEAN

2007-11-30 13:51:24 CRI

Pemimpin 10 negara anggota ASEAN telah memeterai Piagam ASEAN dalam Sidang Kemuncak ke-13 ASEAN yang diadakan di Singapura baru-baru ini. Piagam tersebut merupakan dokumen undang-undang pertama yang mempunyai kuasa mengikat bagi negara anggota ASEAN sejak pertubuhan itu ditubuhkan pada 40 tahun yang lalu.

Piagam tersebut telah buat kali pertama menetapkan sasaran untuk menubuhkan Komuniti ASEAN serta menentukan sasaran, prinsip kedudukan dan rangka perkembangan ASEAN. Dalam piagam tersebut ditegaskan bahawa ASEAN akan berusaha untuk memelihara kedamaian, keselamatan, kestabilan serta meningkatkan tahap integrasi ekonomi di rantau ini, pelbagai negara anggota ASEAN tidak mencampur tangan terhadap urusan dalaman negara lain serta menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesamarataan dan keutuhan wilayah antara satu sama lain. Pelbagai negara anggota ASEAN akan menyelesaikan perselisihan melalui cara damai. Selain itu, piagam tersebut telah mengemukakan penetapan tentang pelbagai badan dan agenda ASEAN.

Selain piagam tersebut, pemimpin pelbagai negara anggota ASEAN dalam sidang tersebut telah memeterai beberapa dokumen termasuk Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN, Deklarasi Alam Sekitar Mapan ASEAN dan lain-lain. Dokumen-dokumen tersebut telah meletakkan asas yang baik bagi peningkatan pembangunan integrasi ASEAN pada masa akan datang.

Jadi apakah erti Piagam ASEAN itu bagi penyempurnaan mekanisme ASEAN, proses integrasi dan kerjasama luar ASEAN pada masa depan. Wartawan kami telah mewawancara Naib Setiausaha Agung ASEAN, Encik Nicholas T. Dammen di Beijing baru-baru ini. Silalah ikuti wawancara tersebut.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |