v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Unsur ASEAN di Nanning, Guangxi China

2007-12-07 19:09:37 CRI

Pesta Masakan dan Pelancongan Asia Tenggara dianjurkan di Nanning, Guangxi China pada setiap tahun sejak tahun 2000.

Seiring dengan proses penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, China yang mempunyai keunggulan dari segi lokasi telah menjalinkan kerjasama yang semakin rapat dengan negara-negara ASEAN. Bandar Nanning yang merupakan ibu kota bagi Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi telah memainkan peranan yang penting bagi menerajui kerjasama antara China dengan ASEAN. Sehubungan dengan itu, kini unsur-unsur dari ASEAN amat mudah didapati di Nanning dan mempunyai kaitan yang semakin rapat dengan kehidupan seharian penduduk di bandar itu.

Parkson merupakan salah satu pusat membeli-belah yang besar di Nanning. Baik pada hari cuti atau hari-hari biasa, pusat membeli-belah Parkson sentiasa dibanjiri oleh para pelanggan.

Cik Liu yang sedang membeli buah-buahan di pasar raya Wal-mart ialah seorang penduduk tempatan bandar Nanning. Dia memberitahu wartawan bahawa dulu dia jarang membeli buah-buhan yang diimport dari negara ASEAN, seperti durian dan buah naga kerana harganya sangat mahal, manakala sekarang keadaan itu sudah berubah.

Beliau berkata: "Selepas tarif bagi buah-buahan dari negara ASEAn dibatalkan, harga buah-buahan yang diimport dari ASEAN semakin murah, kadang-kadang hampir sama dengan harga di negara pengeluarannya.

Selain buah-buahan, semakin banyak restoran cita rasa negara ASEAN dibuka di bandar Nanning dan hidangan mereka amat diminati oleh penduduk tempatan.

Encik Yan Bing ialah seorang penduduk bandar Nanning, semasa menyebut makanan dari Asia Tenggara, beliau berkata: "Di Nanning ada satu jalan yang dipanggil jalan restoran Asia Tenggara yang amat diminati oleh orang ramai, di mana kita boleh merasai masakan cita rasa dari pelbagai negara ASEAN."

Seiring dengan hubungan yang semakin rapat dengan negara ASEAN, kini jumlah pelajar yang mengambil jurusan bahasa negara ASEAN di Nanning telah semakin bertambah pada tahun-tahun kebelakangan ini. Berdasarkan statistik bahawa lebih seramai 600 orang pelajar daripada Universiti Bangsa Guangxi melanjutkan pelajaran mereka di negara ASEAN pada setiap tahun.

Penterjemah bahasa Vietnam yang kini bertugas di Stesen Radio Guangxi, Tang Huihui memberitahu wartawan: "Saya belajar bahasa Vietnam kerana memandangkan hubungan antara kedua-dua negara China dan Vietnam semakin erat dan semakin banyak syarikat tempatan melabur di Vietnam, orang yang boleh berturut bahasa Vietnam sangat diperlukan. Kini, bahasa Vietnam telah menjadi satu kursus yang boleh diikuti oleh semua mahasiswa di Universiti Bangsa Guangxi."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |