v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerjasama Anti Penjualan Manusia di Subkawasan Sungai Mekong Berhasil

2007-12-14 15:42:10 CRI

Naib Menteri Keselamatan Awam China, Zhang Xinfeng telah menghadiri Persidangan Pegawai Kanan Ke-5 Kerjasama Anti Penjualan Manusia Subkawasan Sungai Mekong kali ini. 

Persidangan Pegawai Kanan Ke-5 Kerjasama Anti Penjualan Manusia Subkawasan Sungai Mekong telah diadakan di Beijing pada 12 Disember lalu. Sejak persidangan itu yang julung kalinya diadakan pada tahun 2004, enam negara berkenaan termasuk China, Vietnam, Myanmar, Kemboja, Thailand dan Laos telah berusaha menyempurnakan mekanisme secara terus-menerus dan bekerjasama dalam usaha anti penjualan manusia yang dilakukan secara transnasional dan telah mencapai hasil yang ketara dalam perkara tersebut.

Penjualan manusia merupakan kegiatan jenayah yang memperoleh keuntugnan ketiga terbesar di dunia selepas penjualan senjata dan penjualan dadah, jumlah keuntungan tahunannya melebihi sebilion dolar Amerika. Berdasarkan satu laporan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2006, kegiatan jenayah penjualan manusia telah berlaku di hampir semua negara di dunia. Oleh hal yang sedemikian, pegawai berkenaan PBB telah menyeru peningkatan kerjasama antarabangsa supaya mengintensifkan usaha pembanterasan penjualan manusia. Di subkawasan Sungai Mekong pula, kegiatan jenayah itu tidak dapat dihapuskan sampai ke akar umbi selama ini disebabkan taraf perkembangan ekonomi yang berbeza antara negara-negara serantau, taraf pendidikan yang agak rendah dan garis sempadan yang panjang antara pelbagai negara serantau.

Oleh hal yang sedemikian, kerjasama rapat antara pelbagai negara serantau amat diperlukan bagi membanteras kegiatan jenayah tersebut. Ahli penyelidik Jabatan China Program Anti Penjualan Manusia Subkawasan Sungai Mekong Antara Institusi PBB, Puan Jiang Feng berkata: "Jenayah penjualan manusia dilakukan dengan kegiatan pihak penjual berdasarkan permintaan pembeli dan mereka yang membeli dan sejumlah besar mangsa telah dijual ke luar negara. Maka kerjasama antarabangsa amat perlu dilakukan dalam usaha pembanterasan jenayah tersebut."

Persidangan Pegawai Kanan Pertama Kerjasama Anti Penjualan Manusia Subkawasan Sungai Mekong yang diadakan di Thailand pada Julai tahun 2004 telah memulakan Kerjasama Anti Penjualan Manusia Subkawasan Sungai Mekong (COMMIT) yang disertai bersama oleh enam negara di kawasan tersebut, iaitu China, Vietnam, Myanmar, Kemboja, Thailand dan Laos. Pada tahun yang sama, menteri-menteri kerajaan keenam-enam negara telah menandatangai "Memorandum Persefahaman Kerjasama Anti Penjualan Manusia Subkawasan Sungai Mekong". Memorandum itu telah mendapat penilaian yang tinggi daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Puan Jiang Feng memaklumkan: "Memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh kerajaan pelbagai negara di Subkawasan Sungai Mekong itu merupakan dokumen pertama di dunia tentang kerjasama anti penjualan manusia. Memorandum itu telah merangkumi jani-janji yang dibuat oleh pelbagai negara berkenaan dalam usaha pembanterasan penjualan manusia dan merupakan dokuman pertama di dunia yang memastikan kerjasama antara kerajaan dalam perkara tersebut."

Berdasarkan memorandum tersebut, kerajaan keenam-enam negara tersebut telah menggubal "Pelan Tindakan Anti Penjualan Manusia Subkawasan Sungai Mekong Fasa Pertama 2005-2007" yang menggariskan langkah-langkah konkrit dalam usaha tersebut.

Berdasarkan pelan tindakan itu, pelbagai negara akan bekerjasama menubuhkan Jawatankuasa Anti Penjualan Manusia di negara masing-masing bagi membentuk mekanisme pembanterasan penjualan manusia yang melibatkan usaha pelbagai jabatan kerajaan yang merangkumi pelaksanaan pembanterasan jenayah penjualan manusia, propaganda tentang pencegahan jenayah penjualan manusia, bantuan kepada mangsa untuk kembali ke masyarakat, perlindungan kepentingan dan peningkatan taraf hidup kaum wanita dan kanak-kanak. Di samping itu, pelbagai negara juga dituntut supaya terus menyempurnakan undang-undang berkenaan dan menggubal pelan tindakan peringkat negara dalam usaha pembanterasan penjualan manusia. Selain itu, pelbagai negara juga digalakkan untuk untuk menandatangani dokumen kerjasama dua hala dalam usaha tersebut dan meningkatkan kerjasama melalui operasi bersama, latihan kepada tenaga profesional dan perkongsian maklumat.

Dalam Persidangan Pegawai Kanan Ke-5 Kerjasama Anti Penjualan Manusia Subkawasan Sungai Mekong kal ini, wakil dari keenam-enam negara berkenaan telah mengimbas hasil-hasil yang dicapai oleh negara masing-masing dalam fasa pertama. Ketua Pengarah Biro Pembanterasan Jenayah Transnasional Kementerian Dalaman Myanmar, Sit Aye berkata: "Sebagai salah satu hasil daripada kerjasama dalam pembanterasan kegiatan penjualan manusia, China dan Myanmar telah menubuhkan pejabat perhubungan dan pusat pemulihan di kawasan sempadan bagi menyediakan rawatan perubatan dan psikologi kepada mangsa yang dijaul. Indentiti mangsa berkenaan dapat dikenal pasti dalam tempoh dua minggu dan dapat dihantar kembali ke kampung halaman."

Naib Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Polis Vietnam, Nguyen Hoa Binh menyatakan bahawa walaupun kegiatan penjualan manusia tidak dapat dihapuskan dengan segera melalui program-program dalam COMMIT itu, namun masalah itu akan menjadi lebih serius jika tiada mekanisme kerjasama tersebut. Beliau berkata: "Menghantar mangsa kembali ke kampung halaman supaya bertemu dengan anggota keluarga mereka dan membantu mereka memasuki masyarakat semula merupakan cita-cita paling besar kita."

Dalam mesyuarat tersebut, wakil-wakil dari pelbagai negara dan pegawai PBB dengan sebuat suara meluluskan "Pelan Tindakan Anti Pembanterasan Penjualan Manusia Fasa Kedua 2008-2010" yang menetapkan matlamat yang lebih tinggi dalam usaha itu pada masa akan datang. Naib Menteri Keselamatan Awam China, Zhang Xinfeng berkata: "Kerajaan dan jabatan keselamatan awam China amat mementingkan pelaksanaan program kerjasama anti penjualan manusia Subkawasan Sungai Mekong dan akan meningkatkan usaha dalam membanteras jenayah tersebut dan meningkatkan kerjasama dengan pelbagai negara serantau agar memberi sumbangan kepada usaha pembanterasan janayah penjualan manusia di rantau ini."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |