v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Zhang Xiaokang: Perkembangan Hubungan China-ASEAN Memuaskan

2007-12-21 15:31:08 CRI

Duta Besar China ke Singapura, Zhang Xiaokang semasa diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua China baru-baru ini menyatakan bahawa perkembangan hubungan strategik China-ASEAN demi mengekalkan kedamaian dan mewujudkan kemakmuran bersama bukan sahaja telah mendorong pembangunan masing-masing, tetapi juga membawa keuntungan yang realistik kepada rakyat kedua-dua pihak dan turut memberi sumbangan penting kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau, malah seluruh dunia. Perkembangan hubungan kedua-dua pihak mempunyai prospek yang amat cerah.

Zhang Xiaokang berkata bahawa pada tahun-tahun kebelangan ini, hubungan China-ASEAN telah berkembang secara berperingkat-peringkat dan berada dalam tempoh yang paling baik dalam sejarah. Kini, hubungan kedua-dua pihak telah mencapai tahap yang kian matang, menyeluruh dan prakmatik.

Beliau berkata, mendorong pembangunan bersama dan mewujudkan situasi menang-menang merupakan matlamat bersama dalam kerjasama China-ASEAN. Kerajaan China setiasa mementingkan peningkatan hubungan dengan ASEAN dan berusaha untuk mengembangkan kerjasama persahabatan dan jiran baik dengan pelbagai Negara ASEAN berdasarkan prinsip "saling menghormati, sama rata, saling mempercayai dan saling menguntungkan." Pembangunan China memerlukan kemakmuran di rantau ASEAN, manakala ASEAN juga boleh mendapatkan keuntungan daripada pembangunan China yang pesat.

Semasa mengimbas kembali kejayaan yang dicapai dalam perkembangan hubungan China-ASEAN selama ini, Zhang Xiaokang berpendapat bahawa kejayaan itu mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu sama rata, saling menghormati dan saling mempercayai antara satu sama lain, mengejar matlamat bersama di samping mengetepikan perselisihan, saling menguntungkan dan membentuk mekanisme-mekanisme berkenaan yang selaras dengan perkembangan semasa hubungan kedua-dua pihak.

Dalam wawancara itu, Zhang Xiaokang juga telah menghuraikan perkembangan hubungan China-ASEAN dalam bidang politik, ekonomi dan keselamatan.

Menurut beliau, kepercayaan poltik antara kedua-dua pihak telah ditingkatan dari semasa ke semasa. Kedua-dua pihak telah menandatangai "Perisytiharan Bersama Hubungan Rakan Strategik demi Kedamaian dan Kemakmuran" pada tahun 2003. Pada tahun itu juga, China telah menganggotai "Perjanjian Kerjasama Persahabatan Asia Tenggara" dan menjadi rakan strategik yang pertama bagi ASEAN. Hubungan rakan strategik itu telah ditingkatkan lagi pada tahun 206 apabila kedua-dua pihak berjaya mengadakan sidang kemuncak bagi memperingati ulang tahun ke-15 penjalinan hubungan dialog China-ASEAN dan mengeluarkan kenyataan bersama.

Dalam bidang ekonomi pula, Zhang Xiaokang menyatakan bahawa perkembangan kerjasama ekonomi dan perdagangan secara menyeluruh China-ASEAN telah mendatangkan keuntungan yang realistik dan menjadi penjana penting kepada perkembangan hubungan kedua-dua pihak. Kerjasama perdagangan, pelaburan dan ekonomi antara China dengan ASEAN telah mengekalkan arah aliran perkembangan yang pesat terutamanya selepas kedua-dua pihak memulakan rundingan tentang Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas pada tahun 2001. Kini, China dan ASEAN telah menjadi rakan dagang keempat terbesar antara satu sama lain.

Selain itu, kedua-dua pihak telah giat bekerjasama untuk memastikan keselamatan serantau dan aktif meningkatkan kepercaaan melalui dialog serta menyelesaikan perselisihan melalui perbincangan damai. Kedua-dua pihak telah menandatangani "Perisytiharan Tindakan Pelbagai Pihak di Laut China Selatan" pada tahun 2002 dan menandatangani "Memorandum Persefahaman Kerjasama Keselamatan Bukan Tradisional China-ASEAN" pada tahu 2004 bagi menjalankan kerjasama yang berkesan dalam pembanterasan kegiatan penjualan dadah dan jenayah transnasional.

Di samping itu, kedua-dua pihak China-ASEAN telah aktif menyelaraskan pendirian dan memberi sokongan antara satu sama lain semasa menangani pelbagai urusan serantau dan antarabangsa, seperti kerjasama ASEAN-China, Jepun dan Republik Korea(10+3), Forum Rantau ASEAN, APEC, Persidangan Asia-Eropah, Sidang Kemuncak Asia Timur dan juga urusan-urusan dalam rangka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB), Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan lain-lain. Perkara ini telah memainkan peranan yang postif bagi memelihara kepentingan negara-negara membangun dan mendorong kestabilan dan pembangunan serantau.

Zhang Xiaokang berkata bahawa hubungan China-ASEAN telah memasuki tempoh perkembangan yang lebih pesat selepas kedua-dua pihak berusaha untuk menubuhkan Kawasan Perdagangan Bebas. China sentiasa memegang sikap kerjasama yang ikhlas dan pragmatik dan telah mengambil pelbagai langkah secara positif untuk mendorong penubuhan kawasan perdagangan bebas tersebut. Selepas penandatanganan "Perjanjian Perdagangan Kargo" dan "Perjanjian Mekanisme Penyelesaian Perselisihan" oleh kedua-dua pihak pada tahun 2004, kedua-dua pihak juga telah menandatangani "Perjanjian Perdagangan Perkhidmatan" pada bulan Januari yang lalu. Perjanjian-perjanjian itu akan meletakkan asas yang kukuh kepada pencapaian penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN pada tahun 2010. Perkara ini juga akan memberi kesan yang postif kepada proses integrasi ASEAN.

Duta Besar Zhang Xiaokang berpendapat bahawa kerjasama China dan ASEAN dalam bidang ekonomi dan perdagangan akan terus mendorong kerjasama saling menguntungkan antara kedua-dua pihak dalam bidang kebudayaan, politik, keselamatan dan lain-lain pada masa akan datang sehingga memperkukuh lagi hubungan rakan strategik antara kedua-dua pihak.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |