v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Syarikat Wilmar Singapura Capai Kejayaan Besar melalui Pelaburan di China

2007-12-28 17:34:19 CRI

Kini dalam proses penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, banyak perusahaan negara ASEAN telah memperoleh faedah yang besar melalui pelaburan di China atau kerjasama dengan kalangan perusahaan China. Antaranya Syarikat Wilmar Singapura merupakan salah satu syarikat negara ASEAN yang telah menjalankan kerjasama yang berjaya dengan perusahaan China dalam pembuatan minyak masak. Syarikat Wilmar telah menubuhkan syarikat yang kedua di pelabuhan Fangchenggang, Guangxi China, iaitu Syarikat Industri Minyak dan Makanan Dahai melalui kerjasama dengan Kumpulan Zhongliang China. Kini, beberapa barangan pengeluaran syarikat itu seperti minyak masak yang berjenama "Jinlongyu", "Koufu" dan "Hujihua" telah menjadi amat laris di China dan sangat diketahui oleh para pengguna.

Selepas kilang pertama yang ditubuhkan oleh Syarikat Wilmar di Shenzhen, China pada tahun 1989, kini syarikat itu telah mempunyai lebih kurang 50 buah kilang di China. Seiring dengan peningkatan kerjasama China-ASEAN dalam bidang ekonomi dan perdagangan, Syarikat Wilmar telah mula mengadakan pelaburan di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang, Guangxi China yang berdekatan dengan negara ASEAN untuk menubuhkan kilang mereka di sana dalam masa dua tahun kebelakangan ini.

Kenapa menetapkan tapak pembinaan kilang di pelabuhan Fangchenggang? Pengurus Jabatan Pengeluaran Syarikat Minyak dan Makanan Dahai, Wang Binde memberitahu wartawan: "Tempat ini mempunyai kelebihan geografi yang amat unggul kerana menghadap pesisr pantai di selatan dan belakangnya ialah pasaran yang besar di bahagian barat daya China. Selain itu, terdapat potensi pembangunan yang sangat besar di sini."

Menurut Wang Binde bahawa dalam tempoh beberapa tahun sahaja, jumlah muatan dan punggahan tahunan pelabuan Fangchenggang telah meningkat kepada 35 juta tan daripada hanya beberapa juta tan sahaja pada masa dahulu. Melalui penubuhan kilang di sana, beberapa bahan mentah seperti kacang dari A.S., Brazil, dan Argentina yang diimport melalui pelabuhan Fangchenggang amat mudah untuk dianggkut ke kilang. Hal ini telah menjimatkan kos pengangkutan sebanyak belasan juta Yuan RMB pada setiap tahun. Memandangkan iklim pelaburan yang baik di Guangxi serta potensi besar di pasaran China, Syarikat Wilmar telah melabur lagi lebih 30 juta Yuan RMB untuk menubuhkan sebuah kilang pemprosesan minyak kelapa sawit dan sebuah kilang pemprosesan kacang."

Naib Ketua Eksekutif Bahagian Program Radio Singapura Antarabangsa (RSI), Lee Yong Tick yang mengadakan lawatan ke Syarikat Minyak dan Makanan Dahai berkata: "Pada pendapat saya, mereka tentu mempunyai prospek yang amat cerah. Syarikat yang awal mengadakan pelaburan di sini telah memperoleh keuntungan yang besar. Saya yakin lebih banyak syarikat Singapura akan menjalinkan kerjasama dengan Guangxi, China.

Tambah beliau, bandar-bandar kecil dan sederhana China yang semakin membangun akan menyediakan peluang yang baik kepada syarikat Singapura dan pelbagai negara ASEAN yang lain untuk meneruskan pelaburan mereka di China.

Boleh dikatakan bahawa kejayaan perkembangan Syarikat Wilmar Singapura di pelbagai tempat di China merupakan salah satu contoh kejayaan dalam kerjasama pelaburan China-ASEAN. Dilaporkan lagi Syarikat Minyak dan Makanan Kerry di bawah Syarikat Wilamar telah menjadi satu-satunya syarikat pembekal minyak masak untuk Sukan Olimpik Beijing. Hal ini pastinya akan memperluas lagi saluran jualan produk-produk syarikat itu di pasaran China.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |