v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pusat Kapal Layar Sukan Olimpik di Qingdao

2008-01-10 16:18:18 CRI

Pertandingan Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008 bukan hanya diadakan di Beijing sahaja. Bandar Tianjin, Qinhuangdao, Shanghai dan Shenyang akan menjadi tempat penganjuran pertandingan bola sepak Sukan Olimpik Beijing. Di samping itu Qingdao akan menyelenggara pertandingan kapal layar dan papan luncur angin, manakala pertandingan ekuestrian akan diadakan di Hong Kong. Walaupun keenam-enam bandar tersebut bukan merupakan bandar penganjur Sukan Olimpik, namun bandar-bandar tersebut akan dicatat dalam sejarah Sukan Olimpik. 

Pertandingan kapal layar dan papan luncur angin ialah acara pertandingan Sukan Olimpik yang diadakan di laut. Maka sekiranya Sukan Olimpik diadakan di bandar dalaman, kedua-dua acara pertandingan itu tentu akan diadakan di sebuah bandar pesisir laut. Bandar pesisir laut di bahagian timur China, iaitu Qingdao akan memikul tugas penyelenggaraan pertandingan tersebut semasa Sukan Olimpik Beijing tahun 2008. Qingdao terletak di pantai barat Lautan Pasifik dan berseberangan dengan Semenanjung Korea dan Jepun. Bandar Qingdao merupakan tempat yang sesuai untuk mengadakan pertandingan kapal layar dengan tenaga angin dan arus air yang stabil. Selepas Qingdao ditetapkan sebagai bandar kerjasama Sukan Olimpik Beijing, Qingdao menghadapi banyak peluang pembangunan. Datuk Bandar Qingdao, Encik Xia Geng menyatakan:

"Dengan dorongan 'Kesan Sukan Olimpik', ekonomi bandar kami berkembang pesat pada tahun-tahun kebelangan ini. Kehidupan penduduk bandar ini berubah akibat Sukan Olimpik. Salah satu perubahan adalah peningkatan pendapatan penduduk. Dalam tempoh empat tahun ini pendapatan penduduk bandar dan desa di Qingdao masing-masing meningkat 15.1% dan 11.8%. Tempoh ini menjadi salah satu tempoh paling pesat peningkatan pendapatan penduduk bandar ini."

Selain itu perubahan yang paling ketara di Qingdao ialah wajah bandar. Menurut statistik, dalam tempoh empat tahun yang lalu, sebanyak 20 bilion yuan RMB sudah diperuntukkan dalam pembinaan bandar untuk menyiapkan pertandingan kapal layar dan papan luncur angin Sukan Olimpik. Peningkatan peruntukan kewangan Qingdao dalam bidang perubatan, kebudayan dan lalu lintas mencatat 40%. Cawangan Hospital Bandar yang akan memberikan perkhidmatan perubatan dalam pertandingan Sukan Olimpik sudah selesai dibina. Teater Besar Qingdao dan Pusat Kesenian Moden Qingdao sedang dibangun. Untuk menjamin kelancaran lalu lintas Sukan Olimpik, Qingdao mempercepat pembinaan kemudahan lalu lintas awam, iaitu memulakan pembinaan terowong bawah laut dan jambatan teluk. Projek fasa kedua Lapangan Terbang Antarabangsa Qingdao dijangka akan selesai dibina pada penghujung tahun ini. Infrastruktur yang dibina untuk Sukan Olimpik tersebut menjadikan bandar Qingdao lebih moden dan bersuasana kesenian yang lebih tebal di samping mengekalkan pemandangan alam semula jadi yang indah.

Selain itu, pembinaan stadium-stadium Sukan Olimpik Beijing juga menonjolkan konsep "Sukan Olimpik Hijau" dan "Sukan Olimpik Sains dan Teknologi". Pusat Kapal Layar Olimpik Qingdao, provinsi Shandong China yang akan menganjurkan pertandingan kapal layar Sukan Olimpik Beijing telah menunjukkan konsep tersebut. Konsep "Sukan Olimpik Hijau" diperlihatkan dalam pelbagai perincian di seluruh pusat tersebut. Ketua Pengarah Jabatan Kejuruteraan dan Perlindungan Alam Sekitar Jawatankuasa Kapal Layar Olimpik Qingdao, Encik Li Zhipeng memperkenalkan bahawa teknologi pemeliharaan alam sekitar termasuk teknik tenaga suria, pam haba air luat dan penjanaan kuasa elektrik dengan tenaga angin telah digunakan secara luas di pusat ini. Sistem tenaga suria yang digunakan dalam Pusat Atlet-atlet dan Pusat Jaminan Perkhidmatan dapat membekalkan tenaga bersih kepada kolam renang dan sistem penyaman udara. Encik Li Zhipeng menyatakan bahawa mereka berharap konsep "Sukan Olimpik Hijau" diresap ke dalam sanubari orang ramai melalui penggunaan kemudahan pemeliharaan alam sekitar dan penjimatan tenaga tersebut.

Beliau berkata: "Kami menggunakan teknologi tinggi dalam Pusat Kapal Layar Olimpik ini unuk memberi contoh kepada umum bagi memperkenalkan konsep Sukan Olimpik Hijau." "Bertemu Sukan Olimpik Beijing, Berlayar di Qingdao". Ini merupakan jemputan Qingdao kepada para pelancong seluruh dunia. Qingdao menantikan kedatangan anda pada musim panas tahun 2008.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |