v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Syarikat Jaringan Kuasa Elektrik Yunnan Aktif Sertai Kerjasama Tenaga Elektrik Subkawasan Sungai Mekong Besar

2008-01-04 15:12:32 CRI

Kerjasama yang dilakukan antara Syarikat Jaringan Kuasa Elektrik Yunnan dengan Syarikat Kuasa Elektrik Negara Vietnam telah mencapai hasil yang besar dalam tempoh hampir 4 tahun kebelakangan ini, pengalaman kerjasama yang berjaya itu telah mendapat perhatian pelbagai negara lain di Subkawasan Sungai Mekong Besar. Kini, Syarikat Jaringan Kuasa Elektrik Yunnan sedang aktif mendorong kerjasama dengan Laos, Myanmar dan Thailand bagi menyempurnakan sistem bekalan tenaga elektrik di kawasan serantau.

Provinsi Yunnan terletak di bahagian barat daya China dan bersempadan dengan tiga negara subkawasan Sungai Mekong Besar, iaitu, Vietnam, Laos dan Myanmar. Provinsi Yunnan, China mempunyai sumber alam yang amat kaya seperti sumber air, arang baru, tenaga suria, tenaga angin dan lain-lain, antaranya potensi kapasiti tenaga hidroelektrik mencatat sebanyak 100 juta kilowatt. Vietnam yang menghadapi masalah kekurangan belakan elektrik berikutan perkembangan ekonomi yang pesat di negara itu telah mula mengadakan kerjasama dengan Yunnan dalam pembekalan tenaga elektrik pada tahun 2004. Dalam tempoh empat tahun selepas itu, jumlah pembekalan elektrik oleh Yunnan kepada Vietnam telah ditingkatkan dengan besar. Setakat ini, empat antara kesemua lima saluran bekalan elektrik dari China ke Vietnam dibina di provinsi Yunnan. Ketua Jabatan Kerjasama Antarabangsa Syarikat Jaringan Kuasa Elektrik Yunnan, Cheng Jun memaklumkan: "Kini, kami telah membina saluran bekalan elektrik yang 110 kilovolt dan 220 kilovolt dan kapasiti maksimum penghantaran elektrik kira-kira mencatat 700 ribu kilowatt untuk membekalkan tenaga elektrik kepada Vietnam,. Jumlah bekalan elektrik dijangka akan mencapai kira-kira 2.5 bilion kilowatt-jam pada tahun ini. Dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, jumlah bekalan elektrik oleh Syarikat Jaringan Kuasa Elektrik Yunnan kepada kawasan utara Vietnam telah mencecah 2 bilion kilowatt-jam, mencatat kira-kira 4% daripada belakan elektrik di seluruh negara itu."

Dengan bekalan elektrik yang disediakan oleh Yunnan China, masalah kekurangan tenaga elektrik di Vietnam telah mula diatasi, terutamanya di 6 provinsi utara negara itu. Bekas Ketua Konsul Vietnam ke Yunnan, ____menyatakan bahawa tenaga elektrik yang dibekalkan oleh Syarikat Jaringan Kuasa Elektrik Yunnan itu telah menjana perkembangan ekonomi di kawasan utara Vietnam dan turut meningkatkan taraf hidup rakyat di sana. Katanya: "Bekalan elektrik dari Yunnan telah memperbaiki kehidupan penduduk tempatan, mereka yang menetap di kawasan pergunungan juga dapat menonton televisyen, kanak-kanak juga boleh belajar pada sebelah malam dengan menggunakan lampu. Kami amat berterima kasih kepada Syarikat Jaringan Kuasa Elektrik Yunnan."

Kini, kerjasama belakan elektrik antara China dengan Vietnam terutamanya dilakukan dengan dua kaedah, iaitu perdagangan pembekalan tenaga elektrik dan kerjasama penerokaan sumber elektrik, iaitu pihak China melabur dalam usaha penerokaan sumber elektrik di Vietnam dan menghantar elektrik kepada jaringan elektrik Vietnam. Kaedah kerjasama yang baru itu selaras dengan harapan Vienam untuk menarik pelaburan asing dalam usaha penerokaan sumber di negara itu. Pada bulan Oktober yang lalu, sebuah syarikat usaha sama, iaitu Syarikat Pelaburan Tenaga Elektrik Vietnam-China telah ditubuhkan oleh Syarikat Jaringan Kuasa Elektrik Yunnan dan Syarikat Kuasa Elektrik Vietnam. Ketua Jabatan Kerjasama Syarikat Jaringan Kuasa Elektrik Yunnan, Cheng Jun memaklumkan: "Penubuhan Syarikat Pelaburan Tenaga Elektrik Vietnam-China merupakan kerjasama baru yang dilakukan oleh kami dengan pihak Vietnam. Syarikat itu terutamanya akan menjalankan usaha penerokaan hidroelektrik ukuran kecil di utara Vietnam dan membekalkan tenaga elektrik kepada negara itu, Kini, pihak kami memegang 49% saham syarikat tersebut."

Kerjasama pembekalan elektrik dengan Vietnam hanya merupakan langkah pertama Syarikat Jaringan Kuasa Elektrik Yunnan untuk mengambil bahagian dalam kerjasama pembelakan elektrik di subkawasan Sungai Mekong Besar. Kini syarikat itu sedang aktif menjalinkan kerjasama dengan Laos, Myanmar dan Thailand dalam bidang tersebut.

Laos merupakan sebuah negara yang agak lemah dalam pembangunan sumber tenaga dan menghadapi masalah kekurangan bekalan elektrik yang serius di kawasan utara. Memandangkan kejayaan yang tercapai dalam kerjasama bekalan elektrik antara Yunnan dengan Vietnam, Laos juga telah mengeluarkan hasrat supaya menjalinkan kerjasama dengan Yunnan dalam bidang tersebut. Ketua Jabatan Perancangan dan Pembangunan Syarikat Jaringan Kuasa Elektrik Yunnan, Zheng Waisheng memaklumkan bahawa selepas mengadakan perbincangan dengan pihak Laos, kedua-dua pihak bersetuju tentang penghantaran elektrik kepada Laos melalui saluran elektrik yang 110 kilovolt di Xishuangbanna dan 35 kilovolt di Puer, Yunnan. Kini, pembinaan kedua-dua saluran elektrik itu telah memasuki peringkat penyelidikan dan perekaan.

Zheng Weisheng berkata: "Perbincangan antara kedua-dua pihak diadakan dengan amat lancar. Kini, kami sedang membincangkan penandatanganan kontrak pembekalan elektrik serta butir-butir pelaksanaan projek berkenaan. Pembekalan elektrik kepada kawasan utara Laos akan diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2009."

Selain itu, Yunnan juga telah melaksanakan satu projek kerjasama dengan Myamnar untuk membina 3 loji jana kuasa elektrik di Myanmar yang kapasiti keseluruhannya 2 juta kilowatt. Tenaga elektrik yang dijana dalam fasa pertama akan dihantar kepada jaringan elektrik Yunnan. Menurut Zheng Waisheng bahawa penghantaran elektrik dalam projek itu dijangka akan direalisasikan pada bulan Oktober tahun depan.

Katanya: "Dengan ini, Yunnan akan menjalankan perdagangan bekalan elektrik dengan kesemua tiga negara yang berjiran pada tahun 2008 dan mewujudkan situasi saling melengkapi dalam pembekalan elektrik di kawasan serantau."

Penyertaan Syarikat Jaringan Kuasa Elektrik Yunnan dalam kerjasama tenaga elektrik di subkawasan Sungai Mekong Besar adalah menyasarkan kepada penyusunan semula sumber elektrik yang lebih berefisien di kawasan tersebut. Kini, Myanmar dan Loas mempunyai sumber yang kaya, tetapi keperluaan tenaga elektrik mereka tidak begitu besar, oleh yang sedemikian kedua-dua negara itu menghadapi masalah untuk menghantar tenaga elektrik yang diteroka ke negara lain. Manakala, keperluan Thailand terhadap tenaga elektrik amat besar, sumber tenaga elektrik di negara itu sangat kurang. Selain itu, Vietnam juga menghadapai masalah dalam pembekalan elektrik yang setimpal dengan keperluan pada suatu masa. Oleh hal yang sedemikian, terdapat potensi yang amat besar dalam kerjasama pembinaan jaringan pembekal elektrik bagi negara-negara di subkawasan Sungai Mekong Besar. Zheng Waisheng berkata: "Pembinaan jaringan pembekal elektrik itu akan merealisasikan penyusunan semula dan penggunaan sumber elektrik yang lebih cekap di kawasan berkenaan dan mewujudkan situasi menang-menang dalam perkara tersebut."

Syarikat Jaringan Kuasa Elektrik Yunnan yang mempunyai kelebihan geografi dan berpengalaman dalam kerjasama tenaga elektrik sedang giat berusaha ke arah penyusunan semula sumber elektrik yang lebih berefisen di subkawasan Sungai Mekong Besar.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |