v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerajaan Beijing Sempurnakan Sistem Perkhidmatan Sukarelawan

2008-01-11 16:46:29 CRI

Pada sebelah petang 8 Januari lalu, di pondok sukarelawan di luar Pusat Perkhidmatan Hal Ehwal Awam Komuniti Jalan Niujie, Beijing, sukarelawan Hao Wenyan bersama dengan rakannya sedang sibuk membantu mereka yang memerlukan perkhidmatan tunjuk jalan dan meklumat menggunakan bas awam. Beliau ialah pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan tempatan dan berdaftar menjadi seorang sukarelawan pada November tahun 2007. Pada masa yang tidak perlu bekerja, beliau akan datang ke sini untuk berkhidmat sebagai seorang sukarelawan. Beliau memberitahu wartawan, "walaupun apa yang kami buat semuanya hal yang remeh, tetapi saya berasa gembira kerana dapat membantu orang yang lain."

Sejak Tahun Baru China 2007, berpuluh-puluh ribu orang sukarelawan telah menyertai aktiviti perkhidmatan serupa pada hari-hari raya. Mereka mempromosikan pengetahunan Olimpik di pusat pengangkutan, pusat membeli-belah, destinasi pelancongan, restoran dan hotel bagi memaparkan semangant sukarelawan Beijing yang lembut mesra dan suka membantu orang, dan menghasilkan suasana masyarakat yang berbudi dan harmoni.

Dalam tempoh berlangsungnya Sukan Olimpik Beijing 2008, empat ratus ribu orang sukarelawan akan menyediakan perkhidmatan pemberian maklumat, bantuan kecemasan dan penterjemahan bahasa kepada pengunjung dari dalam dan luar negara di 500 buah pndok sukarelawan.

Dengan peluang ini, kerajaan Beijing juga dengan giat mendorong usaha sukarelawan dan menyempurnakan sistem perkhidmatan sukarelawan.

Bermula dari 11 Februari tahun 2007, 11 haribulan pada setiap bulan telah ditetapkan sebagai "Hari Berbaris di Beijing". Sebanayk 156 ribu orang dari jabatan kerajaan, sekolah termasuk Hospital Tongren Beijing dan Sekolah Rendah Etnik Hui telah menyertai kempen promosi berbaris it.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |