v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Temu Bual dengan Nuttavudh Photisaro, Konsul Besar Thailand ke Guangzhou, China

2008-01-18 19:32:29 CRI

Encik Nuttavudh Photisaro yang sebagai Konsul Besar Thailand ke Guangzhou, China. Kini, beliau telah berada di China selama 10 bulan dan sebelum ini, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Utusan Khas Thailand ke Kemboja.

Temu bual yang diadakan oleh wartawan CRI dengan Encik Nuttavudh Photisaro itu dimulakan dengan topik mengenai pemberitaan. Ketika ditanya sama ada pernah mendengar siaran Radio Antarabangsa China (CRI) atau tidak, Encik Nuttavudh Photisaro berkata: "Itu sudah lama, kira-kira pada tahun 1970-an, saya amat minat kepada isu-isu mengenai Kemboja dan selalu mendengar laporan berkenaan Kemboja dari siaran CRI."

Encik Nuttavudh Photisaro memberitahu wartawan bahawa selepas datang ke Guangzhou, beliau selalu menonton program berita siaran pelbagai Stesen TV China, seperti Stesen TV Guangzhou dan Stesen TV Pusat Negara China. Walaupun beliau tidak mengetahui bahasa Mandarin, namun program-program TV itu telah membantu beliau mengetahui tentang China. Selain itu, beliau juga berminat kepada beberapa surat khabar China, seperti "Harian Nanfang" dan "Harian Guangzhou". Jika mendapati ada laporan yang diminati, beliau akan meminta penolongnya terjemahkan kepada bahasa Thai. Selain itu, beliau juga selalu membaca beberapa surat khabar China yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Semasa berbual tentang negeri China, Encik Encik Nuttavudh Photisaro berkata:"China ialah sebuah negara yang besar dan berada dalam proses perkembangan ke arah keantarabangsaan. Dalam proses itu, konsep pembangunan secara saintifik yang dikemukakan oleh kerajaan China akan membantu memastikan arah aliran pembangunan yang betul. Saya juga berpendapat bahawa pelancaran satelit penyelidik bulan "Chang'e I" China bukan sahaja kejayaan bagi China, tetapi juga merupakan kebanggaan bagi semua orang Asia. Kini, China telah menjadi negara yang maju dalam teknologi penerbangan angkasa lepas, maka Thailand juga berharap dapat mengongsikan hasil perkembangan sains dan teknologi China."

Nuttavudh Photisaro berkata: "Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pihak media Thailand telah menaruh perhatian yang semakin besar kepada China, terutama perubahan yang berlaku di China kerana ia sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada dunia dan juga Thailand. Sebelum ini, kebanyakan laporan media Thailand tentang China dibuat dengan memetik laporan beberapa agensi berita seperti Reuters, Associated Press (AP) dan Agence France-Presse (AFP). Manakala kini, media Thailand telah membuat laporan yang lebih terperinci dan mendalam tentang China dan lebih merujuk kepada laporan media China. Seperti Kumpulan Akhbar Harian Pengurus Thailand yang mempunyai wartawan mampu berbahasa China dan bertugas menterjemah berita-berita tentang China."

Semasa memperkatakan kehidupan di Guangzhou, Encik Nuttavudh Photisaro berkata: "Guangzhou ialah sebuah bandar komersial, semua orang Guangzhou sentiasa sibuk dengan pekerjaan mereka. Di sini, peniaga sungguh ramai, kebanyakan percakapan antara mereka adalah mengenai urusan perniagaan. Banyak pusat perniagaan yang menjual pelbagai jenis barangan seperti barangan kulit dan perabot terdapat di kedua-dua belah jalan raya. Guangzhou boleh dikatakan sebagai sebuah bandar komersial yang benar-benar.

Provinsi Guangdong merupakan tempat yang paling awal melaksanakan dasar pembaharuan dan buka pintu di China dan telah mengekalkan pertembuhan ekonomi yang amat pesat. Perkembangan ekonomi Guangdong telah memberi kesan secara langsung atau tak langsung kepada Thailand.

Encik Nuttavudh Photisaro berkata: "Guangdong berdekatan dengan Thailand, kebanyakan orang keturunan Cina di Thailand adalah berasal dari Shantou dan Chaozhou, provinsi Guangdong dan Wenchang, provinsi Hainan China. Hubungan ekonomi dan perdagangan antara Thailand dengan Guangdong dijalinkan dengan lebih rapat jika berbanding dengan tempat yang lain di China. Guangdong merupakan rakan dagang yang penting bagi Thailand, perdagangan antara kedua-dua pihak menduduki 1/3 daripada jumlah keseluruhan perdagangan luar Thailand. Saya menganggap perkembangan Guangdong dalam tempoh 20 tahun ini amat berjaya, pengalaman kejayaan itu boleh dicontohi oleh Thailand. Katanya: "Saya juga mendapati pembangunan pelbagai bandar Guangdong sangat pesat, sejumlah besar orang luar datang mencari rezeki di bandar-bandar Guangdong sehingga populasi bandar banyak meningkat. Perkara itu telah menyebabkan kemudahan infrastruktur di bandar-bandar berkenaan tidak mencukupi. Kini, kerajaan Guangdong telah mengambil tindakan untuk mengatasi pelbagai masalah akibat peningkatan jumlah penduduk bandar, seperti masalah alam sekitar. Pada pendapat saya, perlindungan alam sekitar susah untuk dijayakan dengan usaha kerajaan sahaja, malah ia juga perlu melibatkan usaha penduduk awam. Dalam konteks ini, kerajaan Thailand mempunyai pengalaman dalam menggalakkan usaha rakyat dalam perawatan pencemaran, maka kedua-dua negara boleh saling mengongsikan pengalaman dalam perkara tersebut.

Walaupun masa berada di China masih tidak begitu lama, namun Encik Nuttavudh Photisaro telah memafami apa yang disebut "melawat di Beijing, tinggal di Suzhou dan Hangzhou, beli-belah di Shanghai dan makan di Guangzhou." Katanya: "Cita rasa masakan Cina di Thailand mirip dengan masakan Guangdong. Ramai orang Cina Thailand yang berasal dari Chaozhou dan Shantou, Provinsi Guangdong, China membuka restoran di Thailand. Selepas datang ke Guangzhou, saya telah pertama kali merasai masakan cita rasa Guangdong yang tulen, sangat sedat sekali. Selain itu, saya juga berminat akan pelbagai kuih-muih Guangdong dan dengan suka cita memperkenalkan kepada rakyat Thailand."

Encik Nuttavudh Photisaro berkata, kesukaran paling besar dihadapi beliau selepas datang ke China ialah bahasa. Pada bulan Ogos tahun lalu, Konsulat Thailand di Guangzhou dan Universiti Pengajian Bahasa Asing Guangzhou telah mengadakan satu seminar mengnai pendidikan bahasa Mandarin di Thailand yang disertai oleh hampir 100 orang pensyarah univerisiti dari kedua-dua negara. Encik Nuttavudh Photisaro berkata: "saya kerap kali menegaskan bahawa pelajar Thailand perlu memandang bahasa China sebagai satu kursus wajib dan menguasai bahasa China dengan baik memandangkan hubungan yang sangar erat antara kedua-dua negara."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |