v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Promosikan "Bahasa Mandarin Sukan Olimpik" Melalui Institut Konfusius

2008-01-22 11:20:41 CRI

Baru-baru ini, Pejabat Kumpulan Pimpinan Kerja Promosi Bahasa Mandarin Antarabangsa China telah memperkenalkan bahasa popular daripada "30 Ayat Bahasa Mandarin Sukan Olimpik".

Sebagai badan kerajaan China untuk mempromosikan bahasa Mandarin, pejabat tersebut telah mula menyunting risalah "Bahasa Mandarin Sukan Olimpik" pada beberapa tahun yang lalu. Manakala, Institut Konfusius memainkan peranan untuk mempromosikannya.

"Institut Konfusius Universiti Auckland, New Zealand telah dilantik oleh Jawatankuasa Olimpik New Zealand sebagai badan menawarkan latihan bahasa Mandarin dan kebudayaan China. Ini bermakna bahawa kesemua atlet, jurulatih dan pegawai yang akan menyertai Sukan Olimpik Beijing 2008 akan mengikuti latihan bahasa Mandarin dan kebudayaan China", kata Zhao Guocheng, Naib Pengarah pejabat tersebut yang juga Naib Ketua Pengarah Ibu Pejabat Institut Konfusius. Beliau menambah, Institut Konfusius di Australia dan negara-negara lain juga sedang menjalankan kerja serupa.

"Sebelum ini, kami telah menerbitkan '100 Ayat Bahasa Mandarin Sukan Olimpik'. Kami juga menerbitkan risalah yang boleh dibawa dalam poket pada tahun 2007. Risalah itu mengandungi 30 ayat bahasa Mandarin yang paling banyak digunakan dan diterjemahkan ke dalam 10 bahasa asing." Zhao Guocheng memaklumkan, Pejabat Kumpulan Pimpinan Kerja Promosi Bahasa Mandarin Antarabangsa Negara China juga sedang membuat persiapan dengan aktif. "Kami telah mengadakan runding dan mencapai kata sepakat dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing bahawa dalam tempoh Sukan Olimpik, satu Pusat Kebudayaan Bahasa Mandarin akan ditubuhkan di Kampung Olimpik agar menyediakan tempat kepada atlet dan wartawan asing untuk belajar dan menggunakan bahasa Mandarin."

Selain itu, kerja mempromosikan bahasa Mandarin juga giat dijalankan di luar gelanggang Sukan Olimpik. Sayembara Pidato Bahasa Mandarin Mahasiswa Sedunia "Jambatan Bahasa Mandarin" telah diadakan di Changchun pada tahun lalu. Seramai lebih 100 orang mahasiswa dari lebih 50 buah negara telah menyertai sayembara tersebut. Pertandingan tersebut akan diadakan lagi pada tahun ini. Selain itu, sayembara pidato bahasa Mandarin pelajar sekolah menengah sedunia juga akan diadakan pada tahun ini.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |