v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cerita tentang Ciren, Salah Seorang Calon Pelari Obor Sukan Olimpik Beijing 2008

2008-01-24 11:13:46 CRI

Seorang polis pengaman dari Tibet China. Ciren memberitahu bahawa beliau dipilih sebagai calon pelari obor Sukan Olimpik Beijing pada bulan Ogos tahun lalu. Selepas itu, Ciren melipat kali ganda latihan larinya pada setiap minggu. Beliau berkata, "Semasa obor Sukan Olimpik datang ke Lahsa, sebuah bandar di Daratan Tinggi yang kekurangan oksigen, saya tidak boleh tercungap-cungap hanya kerena berlari sambil memegang obor Sukan Olimpik, sebab pada masa itu saya mewakili China."

Ciren menyatakan bahawa sekiranya beliau dapat menjadi pelari obor Sukan Olimpik Beijing 2008, maka itu merupakan kali kedua beliau "mewakili China" untuk melaksanakan tugas utama. Pada bulan Oktober tahun 2004, pasukan pengaman pertama China ditempatkan ke Haidi untuk menjalankan operasi pengaman. Ciren yang berumur 30 tahun adalah polis dari Jabatan Kawalan Masuk dan Keluar Sempadan dari jabatan Keselamatan Awam Wilayah Autonom Tibet China. Beliau dipilih sebagai anggota pasukan pengaman itu. Ciren menjadi polis etnik Tibet pertama yang menyertai operasi pengaman antarabangsa. Ciren menyatakan bahawa itulah kali pertama beliau "mewakili China". Beliau berkata: "Dalam tempoh melaksanakan tugas pengaman di Haidi, kami telah menyelesaikan pelbagai tugas pengaman di sana. Polis khas tempatan memberi penilaian kepada kami sebagai 'very professional'."

Pada peringkat awal di Haidi, pasukan antikeganasan tinggal sementara di sebuah gudang lama yang tiada persediaan penginapan dan kemudahan asas. Tugas utama mereka ialah menubuhkan pangkalan. Pada masa itu, sekiranya sesiapa ingin mengangkut bahan binaan atau barang-barang lain, mereka pula melalui satu tempat yang sememangnyaa ada ramai anggota kumpulan bersenjata. Peristiwa perampasan dan pembunuhan sering berlaku. Ciren kerap kali berjaya menyelesaikan masalah tersebut di tempat itu.

Tidak seperti polis pengaman biasa, pasukan antikeganasan turut bertanggungjawab untuk berperang. Pada malam 4 Januari tahun 2005, ketika Ciren dan rakan sepejabatnya sedang menjalankan tugas rondaan, seorang warga tempatan meminta bantuan kerana adik lelakinya diserang oleh pengganas dan cedera parah. Apabila tiba di tempat kejadian, Ciren terlebih dahulu keluar dari kereta dan mendapatkan mangsa itu. Orang itu segera dihantar ke hospital dan nyawanya dapat diselamatkan. Semasa mengenang kembali peristiwa itu, Ciren menyatakan bahawa: "Pada masa itu langit sudah gelap, bunyi tembakan terdengar bertubi-tubi. Sebelum itu, beberapa polis pengaman telah diserang mati di situ. Saya masih terasa bahaya, tetapi pada masa itu saya hanya memikirkan cara untuk menyelamatkan orang yang tercedera itu. Boleh dikatakan bahawa itulah merupakan tugas yang paling bahaya dalam tempoh perkhidmatan kami."

Operasi pengaman yang berlangsung selama setengah tahun telah menjadi pengalaman yang paling unik dalam kehidupan Ciren. Suhu yang tinggi, penyakit berjangkit yang serius, pengawalan keselamatan radio 24 jam, bahaya serangan dalam rondaan, perang yang mungkin dilakukan serta-merta…… Kesemuanya menjadi cerita bualan Ciren pada masa ini.

Pasukan antikeganasan yang dianggotai oleh Ciren itu telah mendapat pengiktirafan kerajaan Haidi, masyarakat antarabangsa dan kerajaan China. Mereka telah dianugerahi pingat "keamanan" oleh kumpulan khas PBB di Haidi. Selepas menyelesaikan tanggungjawab di Haidi, pasukan antikeganasan itu diberi anugerah peringkat pertama oleh Kementerian Keselamatan Awam China dan Ciren turut mendapat anugerah pertama individu kerana keberaniannya yang menonjol.

Selepas kembali ke pejabat, Ciren terus menjalankan tugas sebagai polis seperti sebelumnya. Ciren gemar akan permainan ping pong dan beliau selalu teringat pemain ping pong China yang terkenal Liu Guoliang dalam sebuah pertandingan mencapai kemenangan pada akhirnya walaupun mengalami kekalahan pada mulanya. Ciren berkata: "Semangat pemain Sukan Olimpik yang tidak mengakui kalah harus kita pelajari, ini merupakan unsur asas yang saya kekalkan dalam perkhidmatan sebagai seorang polis."

Ciren menyatakan bahawa sebelum beliau dipilih sebagai calon pelari obor Sukan Olimpik, beliau tidak pernah terfikir akan dikaitkan langsung dengan Sukan Olimpik. Oleh itu, mendapat peluang untuk memegang obor Sukan Olimpik tentu menjadi penghormatan kepada beliau dan satu pengiktirafan terhadap kerjanya. Sebagai seorang bekas polis pengaman, Ciren berharap agar seluruh dunia menjadi semakin aman dan damai. Beliau berkata: "Sebagai seorang perwakilan polis dari Tibet China, saya berhasat untuk menyebarkan semangat Olimpik iaitu keamanan, persahabatan dan keharmonian melalui penyertaan dalam larian obor Sukan Olimpik."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |