v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Peniaga Malaysia, Encik Woo Choon Kit yang berniaga di China

2008-01-25 18:16:18 CRI

Woo Choon Kit kini berusia 43 tahun, ibunya ialah seorang Cina Malaysia. Beliau suka akan bahasa China sejak masa kecilnya dan sentiasa bercakap dengan ibunya dalam bahasa China. Melawat ke China merupakan satu cita-cita beliau sejak kecilnya. Woo Choon Kit pun tidak menyangka bahawa beliau akan bekerja dan menetap hidup di China selepas tamat daripada universiti.

Pada tahun 1987, Woo Choon Kit yang berusia 23 tahun tamat dari sebuah kolej perguruan di Malaysia. Selepas itu, beliau datang ke bandar Tianjin, China dan memulakan kehidupan beliau selama 20 tahun di China.

Bandar Tianjin merupakan tempat kerja pertama Woo Choon Kit selepas datang ke China. Masa selama 17 tahun bekerja di Tianjin telah meninggalkan ingatan yang mendalam dan sukar untuk dilupakan kepada beliau. Pada tahun 2005, Woo Choon Kit telah meninggalkan bandar Tianjin dan memulakan pekerjaan baru di Hong Kong. Beliau menceritakan: "Masa saya meninggalkan Tianjin, bandar itu berada dalam tempoh perkembangan yang pesat, banyak bangunan lama dirobohkan bagi mengadakan projek pembinaan baru. Saya punyai ramai kawan di Tianjin, boleh dikatakan kehidupan saya di sana sangat seronok."

Pada tahun 2006, Woo Choon Kit yang mempunyai pengalaman dalam sektor elektronik dan fasih bercakap bahasa Mandarin telah dilantik sebagai pengeurus besar sebuah syarikat di bawah Kumpulan Sains dan Teknologi Xinjin di Changchun, bandar timur laut China.

Kumpulan Xinjin ialah sebuah pengeluar alat elektronik dengan sekian lama dan mempunyai urus niaga dengan beberapa syarikat elektrik yang terkemuka di dunia, seperti Sony dan LG.. Timur Laut China dianggap sebagai satu pangkalan industri yang lama di China dan mempunyai banyak perusahaan milik kerajaan yang besar, bandar Changchun merupakan tempat asal industri automobil China. Menurut Encik Woo Choon Kit, disebabkan itulah, Kumpulan Elektronik Xinjin telah menubuhkan sebuah syarikat pengeluar alat elektronik kenderaan di Changchun melalui kerjasama dengan sebuah syarikat yang lain pada tahun 2005.

Syarikat Teknologi Maklumat Qiming ialah rakan kerjasama bagi Kumpulan Xinjin dalam penubuhan syarikat usaha sama itu di Changchun. Dalam kerjasama itu, Syarikat Qiming bertugas menyediakan teknologi, manakala Kumpulana Xinjin bertanggungjawab bagi menyediakan modal pengurusan yang diperlukan. Ketika menghuraikan alasan memilih syarikat itu sebagai rakan kerjasama, Woo Choon Kit berkata: "Syariakat Qiming mempunyai kelebihan dalam meneroka perisian dan mengutamakan konsep inovasi. Ini boleh dilihat daripada produk mereka dan ramai tenaga profesional syarikat itu mempunyai kepandaian tinggi, manakala kami mempunyai kelebihan dalam teknik pemasangan komponen elektrik. Boleh dikatakan kerjasama antara kedua-dua pihak telah memanfaatkan kelebihan masing-masing dengan sepenuhnya. Maka, Syarikat Qiming ialah rakan strategik kami yang paling baik untuk menjayakan pengeluaran komponen elektrik kenderaan."

Dalam tempoh 7 tahun sejak penubuhannya pada tahun 2000, Syarikat Qiming telah merealisasikan perkembangan yang amat pesat melalui usaha penerokaan perisian yang mempunyai hak harta intelek, terutama perisian dalam sistem pengeluaran kereta. Di samping itu, syarikat itu juga telah menjalinkan kerjasama yang meluas dengan pelbagai syarikat gergasi dunia dalam industri automobil. Naib Ketua Pengurus Syarikat Qiming, Encik Qu Jun memberitahu wartawan bahawa kerjasama dengan Kumpulan Elektrik Xinjin telah membantu syarikatnya berkembang ke satu taraf yang lebih tinggi. Katanya:"Kumpulan Elektrik Xinjin mempunyai pengalaman dalam pengeluaran dan pengurusan. Dalam kerjasama itu, kami boleh menimba banyak pengalaman dalam bidang pengeluaran, sementara itu Kumpulan Xinjin telah berjaya memasuki industri automobil melalui kerjasama dengan kami."

Encik Woo Choon Kit berkata bahawa hanya berkeyakinan terhadap sebuah syarikat sahaja memang tidak cukup bagi membuat keputusan untuk melabur di Tanah Besar China, lebih-lebih lagi membuat pelaburan yang berjumlah begitu besar di timur laut China, sebenarnya keputusan itu dibuat dengan memandangkan perkembangan industri maklumat yang pesat di China. Woo Choon Kit yang telah sekian lama menceburkan diri dalam sektor elektrik pun memandang baik prospek perkembangan industri maklumat China pada masa akan datang. Menurut Woo Choon Kit, Syarikat Qiming merupakan rakan kerjasama yang pertama bagi Kumpulan Elektrik Xinjin di timur laut China. Manakala selepas mengadakan tinjauan di timur laut China, beliau mendapati terdapat banyak perusahaan tempatan yang mempunyai kelebihan dalam teknologi dan tenaga manusia yang mempunyai kebakatan dalam meneroka teknologi tinggi, seiring pelaksanaan secara berterusan dasar kerajaan China bagi membangunkan industri di kawasan timur laut China, perusahaan-perusahaan itu menumpukan lebih banyak perhatian kepada inovasi teknologi dan menempuh jalan perkembangan yang baru. Dengan itu, Woo Choon Kit yakin syarikatnya akan menjalinkan kerjasama dengan lebih banyak perusahaan di timur laut China.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |