v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Restoran"Java & Yangon" di Beijing

2008-02-08 15:25:18 CRI

Dalam rancangan "Cita Rasa Asia Tenggara di Beijing" hari ini, kami akan memperkenalkan sebuah restoran yang menyediakan masakan Indonesia dan masakan Myanmar di Beijing, nama restoran yang amat popular itu ialah "Java&Yangon".

Mungkin saudara akan berasa harian kenapa restoran itu menyediakan dua jenis masakan yang cita rasanya berbeza dari dua negara. Majikan restoran "Java&Yangon" ini, Puan Daw Di memberitahu wartawan bahawa semasa melawat Indonesia pada beberapa tahun lalu, beliau berasa amat kagum melihat pagoda Buddha Borodubur di bandar Yokyakarta di negara itu dan menganggap ia sama mulia dengan pagoda Shwedagong di kampung halamannya di Myanmar. Pada ketika itu, muncul satu ilham bagaimana untuk membuka sebuah restoran yang menyediakan masakan cita rasa dari kedua-dua negara itu.

Pelanggan yang buat pertama kali mengunjungi restoran "Java&Yangon" tentunya akan tertarik dengan hiasan yang penuh beragam Asia Tenggara, terutama lukisan cat minyak dan karya ukiran kayu dari Myanmar dan Indonesia. Walaupun bukan restoran yang khusus menyediakan masakan Indonesia, namun restoran "Java&Yangon" telah mengambil tukang masak dari Indonesia supaya masakan Indonesia yang disediakan mempunyai cita rasa yang asli. Tukang masak dari Indonesia, Hendri Sofiar ialah seorang pemuda yang sangat murah hati dan ramah-tamah. Semasa menceritakan pengalamannya bekerja di Beijing, Hendri Sofiar berkata: "Saya pernah bertugas sebagai tukang masak di Hotel Kartika Chandra, Jakarta selama dua tahun. Pada tahun pertama datang ke Beijing, saya bekerja di Kedutaan Besar Indonesia di Beijing. Seorang kawan di sana memberi tahu saya ada sebuah restoran yang menyediakan masakan Indonesia dan masakan Myanmar memerlukan seorang tukang masak dari Indonesia. Jadi saya datang di restoran ini, dan hingga sekarang sudah bertugas selama setahun."

Hendri Soflar dengan amat bangganya memberitahu kami bahawa dia pandai memasak semua masakan Indonesia yang tersenarai dalam menu, seperti Ayam Opor, Gulai Tahu dan Telur dan lain-lain. Hendri Sofiar dari berasal bandar Padang, Provinsi Sumadera Barat Indonesia. Maka lauk yang paling pandai dimasaknya ialah Rendang Daging yang berasal dari kampung halamannya. Daging lembu dalam lauk itu sangat lunak dan rasanya pedas lagi lemak manis. Rempah yang digunakan untuk menyediakan lauk melebihi 10 jenis.

Mungkin masakan cita rasa Padang tidak asing bagi saudara. Masakan itu berasal dari bandar Padang. ibu kota provinsi Sumadera Barat, Indonesia, dan rasanya agak pedas bercampur rasa lemak kelapa. Orang Minangkabau yang ramah-tamah selalunya melayan tetamu dengan pelbagai jenis masakan Padang yang sedap dan istimewa rasanya. Setelah sekian lama, masakan Padang buhan sahaja menjadi popular dan diminati ramai di Indonesia, malah menjadi masakan utama yang disediakan oleh restoran Indonesia yang dibuka di luar negara. Encik Rui Jie yang datang makan di restoran "Java&Yangon" memberitahu wartawan: "Pada tahun 2006, saya pernah bekerja di Jakarta selama 3 bulan dan suka mencubai pelbagai jenis masakan tempatan di sana. Selepas diberitahu ada sebuah restoran yang menyediakan masakan Indonesia dan tukang masaknya pun berasal dari Indonesia, saya telah membawa isteri saya pergi makan di restoran ini. Kami rasa masakan di sini sedap dan mempunyai cita rasa yang istimewa."

Disebabkan lokasi restoran "Java&Yangon" berdekatan dengan kawasan Kedutaan Besar, maka ramai juga orang asing yang datang makan di restoran ini. Anny, serorang pelayan di restoran "Java&Yangon" memberitahu wartawan: "Restoran ini mendapat sambutan yang amat baik. Ramai pelajar dari Indonesia dan Perancis datang ke sini. Kelmari ada 15 orang menempah tempat untuk parti hari jadi. Hari ini ada 22 orang pelajar Indonesia akan mengadakan parti hari jadi di sini. Selain mempunai tukang masak dari Indonesia, bahan mentah dan rempah yang berkualiti merupakan satu lagi faktor yang menjadikan restoran "Jakarta&Yangon" diminati ramai. Rempah yang selalu digunakan dalam masakan Indonesia amat jarang ditemukan di China. Sudah diketahui umum bahawa Indonesia kaya dengan pelbagai jenis rempah, sedangkan kebanyakan rempah yang digunakan dalam masakan Indonesia jarang ditanam di China. Walaupun beberapa jenis rempah itu boleh ditemukan di provinsi Hainan, China, makakala rasanya berlainan disebabkan faktor iklim dan geografi. Jadi bagaimanakah restoran ini memperoleh rempah berkenaan bagi memastikan masakannya bercita rasa asli? Hendri Sofiar memberitahu wartawan: "Selain cuah keras, daun kunyit dan daun salam, rempah yang lain boleh ditemukan di Beijing. Untuk mendapatkan tiga jenis rempah tersebut, biasanya kami mengimport dari Hong Kong atau meminta kawan dari Indonesia mengirimkannya ke sini."

Tukang masak yang berkepandaian serta rempah yang asli yang digunakan telah menjadikan masakan restoran "Jakarta&Yangon" mendapat sambutan baik daripada warga Indonesia yang menetap di Beijing. Selain itu, restoran ini juga bertugas menyediakan masakan kepada 20 buah bangunan pejabat yang berhampiran. Oleh yang sedemikian, seorang sahaja tukang masak memang tidak cukup. Ji Ri Mu Tu yang berasal daripada Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China ialah seorang lagi tukang masak di restoran "Jakarta&Yangon". Dia mula belajar memasak masakan Indonesia di restoran ini sejak datang ke Beijing pada 3 tahun yang lalu. Walaupun tidak pernah menceburkan diri dalam bidang masakan, namun dengan usaha yang gigih selama ini, sekarang ini Ji Ri Mu Tu sudah sangat pandai memasak pelbagai jenis masakan Indonesia. Ketika memperkatakan cita-citanya pada masa depan, dia memberitahu wartawan: "Masakan Indonesia yang saya sediakan boleh tahan, tapi saya mahu jadi lebih pandai lagi. Saya berhasrat untuk membuka sebuah restoran di Beijing bersama dengan kawan-kawan saya."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |