v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Restoran Thailand "Phrik Thai" di Beijing

2008-02-15 15:31:20 CRI

Kini, terdapat lebih 20 buah restoran Thailand di Beijing yang boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu restoran masakan Thailand yang asli dan restoran yang menyediakan masakan Thailand yang cita rasanya diubahsuasi menurut permintaan pelanggan tempatan. Restoran "Phrik Thai" yang akan kami perkenalkan kali ini adalah dalam jenis pertama yang menyediakan masakan Thailand dengan cita rasa asli.

Restoran "Phrik Thai" penuh dengan suasana budaya dan adat resam tradisional Thailand, lantai dan dindingnya diperbuat daripada buluh serta dihias menurut bentuk seni negara itu. Semua pelayan di restoran itu memakai pakaian yang tradisional Thailand. Walaupun dihias dengan begitu istimewa, namun "Phrik Thai" bukannya sebuah restoran yang mewah, sebaliknya seolah-solah sebuah rumah biasa penduduk Thailand.

Pemilik restoran "Phrik Thai", Wiwat Phetgert ialah seorang tukang masak. Ketika beliau melancong ke Beijing pada tahun 1999, munculn satu idea dihatinya untuk membuka sebuah restoran di sini selepas mengetahui hanya ada dua buah restoran Thailand sahaja di Beijing. Katanya: "Pada tahun 1999, saya membuka restoran "Phrik Thai" yang pertama di Beijing dan mendapat sambutan yang luar biasa. Selepas itu, saya membuka dua buah lagi restoran pada tahun 2003 dan 2005."

Wiwat Phetgert bukan sahaja sebagai pengusaha restoran "Phrik Thai", tetapi juga bertindak seorang tukang masak utama di restoran itu. Katanya: "Ciri-ciri utama masakan Thailand ialah masam, manis lagi pedas dan mampu membuka selera. Antara lauk-pauk yang paling terkenal termasuk sup Tom Yum Kung, ayam kari hijau dan goreng ketam kari kuning.

Sup Tom Yum Kung antara lauk yang paling terkenal dalam masakan Thailand. Sup itu biasanya disediakan dengan bubur udang dan ditaruh beberapa jenis rempah istimewa Thailand, termasuk sejenis sambal dan minyak udang yang khusus. Rasanya sedap sekali dan cita rasa pedas, manis dan masam terangkum didalamnya.

Masakan yang disediakan oleh restoran "Phrik Thai" sedap dengan rasa asli kerana bahan dan rempah ratus yang digunakan diimport dari Thailand. Antaranya, lauk-pauk yang jenis berkari paling digemari oleh para pelanggan. Puan Shilei yang juga isteri Wiwat Phetgert berkata: "Kami suka memperkenalkan lauk-pauk yang berkari kepada pelanggan. Kari yang kami gunakan dibuat sendiri, yang segar dan rasanya pun lebih sedap. Ini berbeza dengan restoran Thailand lain yang menggunakan kari dalam bungkusan yang dibeli dari Thailand."

Lokasi restoran "Phrik Thai" berhampiran dengan kawasan kedutaan besar negara asing di Beijing, maka ramailah diplomat dari pelbagai negara menjamu selara waktu makan tengah hari di restoran itu. Pada sebelah malam pelanggannya ialah penduduk Beijing.

Zhang Yin yang berkhidmat di sebuah kedutaan besar negara asing selalu ada peluang untuk mencuba masakan dari pelbagai negara dan beliau sangat berminat kepada lauk-pauk Thailand. Katanya: "Sekarang ini makan bukan hanya untuk meredakan rasa lapar, sebaliknya, ia menyenorokkan apabila menjamu selera dengan pelbagai cita rasa dan rupa bentuk masakan serta suasana yang selesa di tempat makan. Saya suka makan di restoran Thailand kerana penuh dengan suasana tradisional, kebudayaan dan adat resam yang istimewa. Masakan Thailand bukan sahaja sedap rasanya, tetapi rupanya pun menarik dan menyeronokkan mereka yang menikmatinya."

Jiang Dong yang pertama kali mencuba masakan Thailand memberitahu wartawan: "Masakan Thailand enak dan rasa istimewa. Rasa bedasnya lain dengan masakan provinsi Sichuan dan Hunan China yang juga terkenal dengan masakan pedas.

Warga Thailand yang berada di Beijing ramai yang singgah makan di restoran "Phrik Thai", antaranya, Areewan Boonyagaad, mahasiswi yang sedang belajar di Beijing. Katanya: "Saya rasa harga masakan di restoran 'Phrik Thai' mahal sedikit berbanding restoran di Thailand, mungkin kerana banyak bahan yang terpaksa diimport dari Thailand. Namun masakan yang disediakan oleh restoran ini memang sedap dan perkhidmatan pun memuaskan. Saya amat suka makan di restoran ini kerana saya rasa seolah-olah makan di rumah sendiri."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |