v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kafe Peranakan-Restoran Malaysia di Beijing

2008-02-22 18:23:00 CRI

Restoran "Kafe Peranakan" dihiasi dengan seni ragam tradisional Malaysia. Semua barang hiasan di restoran itu seperti ukiran kayu, lukisan dan kraftangan dipilih dengan teliti dan dibawa dari Malaysia. Restoran "Kafe Peranakan" itu dibuka oleh sepasang suami isteri orang Cina Malaysia yang pandai dalam bidang masakan Baba Nyonya. Pemilik restoran itu, Encik Koh King Kee memperkenalkan: "Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu Melayu, India dan Cina. Oleh yang sedemikian, masakan Malayia mempunyai keunikan daripada masakan pelbagai kaum dan amat sedap sekali. Kami menyediakan pelbagai jenis masakan Malaysia yang terkenal, seperti sate, rendang, nasi lemah dan teh tarik."

Encik Koh King Kee memberitahu wartawan: "Kebanyakan bahan yang kami ggunakan diimport dari Malaysia dan Thailand, kadang-kadang kami juga pergi Guangzhou untuk membeli beberap jenis rempah."

Di restoran "Kafe Peranakan", jika pelanggan minta teh tarik, seorang tukang masak India akan mempertunjukkan cara bagaimana membuat teh tarik itu untuk pelanggan, pelayanan yang istimewa itu mendapat sambutan yang amat baik. Menurut Encik Koh King Kee, retorannya memepunyai tukang masak yang paling pandai dalam membuat teh tarik dan roti canai di Beijing. Selain seorang tukang masak orang India, tukang masak lain yang bertugas di restoran "Kafe Peranakan" semua ialah orang China, tetapi mereka pun sangat pandai memasak masakan Malaysia.

Sekarang, masakan yang disediakan oleh restoran "Kafe Peranakan" yang bercita rasa asli Malaysia telah mendapat sambutan yang amat baik daripada pelanggan tempatan dan turut menjadikan restoran itu lebih dikenali ramai. Cik Yao yang berasal dari Shanghai ialah eorang pelanggan lama bagi restoran "Kafe Peranakan", beliau pasti akan pergi makan dengan kawannya di restoran itu apabila datang ke Beijing setiap kali.

"Saya pernah bekerja di Singapura. Bila datang makan di restoran ini, saya mengenang kembali masa saya di negara itu. Kawan saya pun amat berminat kepada masakan di sini. Asalkan masakan sedap dan bagus, pelanggan pastinya akan ramai."

Selain daripada warga China, pelanggan yang datang makan di Restoran Cefe Peranakan sebenarnya adalah berasal dari 60 buah negara, kebanyakan mereka ialah kakitangan syarikat transnasional yang bertugas di Beijing. Encik Koh King Kee berkata, sebelum itu, beliau pun tidak menyangka warga Rusia akan berminat kepada Bak-Kut-Teh, manakala warga Czech amat suka akan mi goring Hokkien. Beliau berasa amat gembira melihat masakan Malaysia mendapat sambutan yang begitu baik di Beijing.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |