v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Angsa dan Itik"- Restoran yang Sediakan Masakan Filipina di Beijing

2008-02-29 19:29:28 CRI

Pada setiap hari Ahad, perge ke gereja untuk bersembahyang merupakan satu kebiasaan bagi warga Filipina yang berada di Beijing. Selain iut, satu lagi tempat yang selalu dikunjungi bagi warga Filipina, restoran Angsa dan dan Itik. Di sana mereka berkumpul dengan kawan-kawan dan makan masakan cita rasa kampung halaman.

Restoran "Angsa dan Itik" dibuka 24 jam sehari dan terkenal dengan masakan Filipina dengan cita asli di Beijing.

Tukang Masak yang bertugas di Restoran "Angsa dan Itik", Juanita memberitahu kami, walaupun bahan yang digunakan untuk memasak lauk-pauk Filipina boleh dibeli di Beijing, namun kebanyakan bahan dihantar dari Filipina bagi memastikan masakan yang disediakan mempunyai cita rasa yang asli dan tule. Katanya: "Seperti 'Tamarid' sejenis rempah yang digunakan untuk memasak sup dan stean pot, 'Tamarid' yang kami gunakan adalah dihantar dari Filipina."

Juanita pandai memasak banyak jenis lauk Filipina, antaranya Nilagang Baka, atau dikenali sebagai sup ekor lembu. Lauk itu, sup yang telah direbus dengan agak lam supaya dapat dikekalkan penuh cita rasanya. Baru-baru ini, dia berjaya mencipta sejenis lauk yang baru berdasarkan stean pot, iaitu "Stean Pot Ekor Lembu" yang cukup untuk dimakan antara 6 hingga 7 orang. Yang lebih menggembirakan Juanita ialah "Stean Pot Ekor Lembu" mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan warga China dan warga pelbagai negara lain.

Sekarang, terdapat ramai warga Filipina bekerja di Beijing. Mereka telah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sini dan ramai yang berminat kepada lauk-pauk China.

Ramai juga warga dari negara lain yang berada di Beijing suka datang makan di restoran "Angsa dan Itik". Pengurus restoran itu, Jiessie memberitahu wartawan: "Pelanggan yang suda datang makan ke sini, bukan sahaja warga Filipina, tetapi juga dari A.S., Australia, Britain dan Newzenland."

Antara pelbagai jenis lauk, "Lumpiang Laguna" boleh dikatakan sebagai masakan yang paling disukai oleh pelanggan. Lauk itu dimasak dengan menggoreng daging, lobak merah dan kubis ditaruh dalam gulingan mi, rasanya lunak lagi rangup dan sedap sekali jika makan bersama dengan sejenis sos khusus yang manis dan pedas. Lauk itu mendapat sambutan baik kerana rasanya sesuai dengan selera kebanyakan pelanggan dari pelbagai negara Asia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |