v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Silk Street" Beijing Mulakan Penggunaan Kad Tanpa Halangan dalam Urus Niaga

2008-03-06 13:32:14 CRI

Pengarah Jabatan Perniagaan Beijing, Lu Yan memaklumkan semalam bahawa perniagaan di jalan-jalan terkenal di Beijing termasuk di "Silk Street" dan di Pasar Hongqiao sekarang telah mula menggunakan kad tanpa halangan.

Lu Yan berkata, pada tahun yang lalu, badan perniagaan Beijing mendorong penggunaan kad di jalan-jalan perniagaan yang terkenal Beijing. Pada asasnya, pasar jual-beli yang terkenal, iaitu "Silk Street" telah pun menggunakan kad tanpa halangan. Selain itu, terdapat juga lebih 330 daripada 800 gerai di Pasar Hongqiao yang telah memasang terminal tempat jualan (terminal POS). Lebih 200 gerai juga telah menandatangani perjanjian pemasangan sistem menggunakan kad dengan bank yang berkenaan.

Lu Yan menyatakan bahawa menjelang Sukan Olimpik Beijing, penggunaan kad tanpa halangan di jalan-jalan komersial terkenal di Beijing akan terus ditingkatkan.

Badan perniagaan Beijing merancang agar 90% peniaga khas di kawasan komersial penting berdekatan dengan stadium Sukan Olimpik Beijing mampu menguruskan perniagaan malalui penggunaan kad RMB dan mata wang asing menjelang akhir Jun tahun ini.

Ketika menyentuh soal kestabilan bekalan pasaran, Lu Yan juga memaklumkan bahawa tiga tindakan sedang diambil oleh kerajaan Beijing, iaitu menggalakkan perusahaan besar Beijing menjalin hubungan yang lebih erat dengan pangkalan pengeluaran di luar Beijing demi menjamin bekalan yang cukup; menggalakkan pasar raya menambah simpanan makanan, sayur-sayuran, minyak makan; menjamin jumlah simpanan yang mencukupi seperti yang ditetapkan oleh kerajaan mulai 30 Jun tahun ini, agar kehidupan seharian penduduk Beijing terjamin.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |